SEORANG lelaki yang merupakan bekas pemain ragbi Sabah didakwa atas tuduhan membunuh adik perempuannya dua tahun lalu.
Arden Mattson Maturin, 29 dikatakan membunuh adiknya, Audrey Maturin, 24 sekitar 4.30 petang pada 4 Mei 2023 di Taman Prestij, Jalan Signal Hill, Sabah.
Sebutan kes pada Rabu menyaksikan Arden mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terhadapnya. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Dr Lim Hock Leng menetapkan 7 hingga 11 Julai sebagai tempoh perbicaraan.
BACA LAGI: [VIDEO] Kena buli di tempat kerja dan dipulau penduduk punca 9 rumah dibakar di Baling
Arden dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara selama 30 hingga 40 berserta sekurang-kurangnya 12 kali sebatan sekiranya didapati bersalah.
Bekas pemain ragbi Sabah itu diwakili oleh konsul Julhamri Jumhani sementara pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Lovely Natasha Charles.
Sementara itu, enam tentera dari Semenanjung Malaysia akan mengetahui nasib mereka sama ada perlu membela diri atau tidak pada 17 Februari selepas didakwa membunuh rakan sekerja berusia 26 tahun, lima tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ismail Ibrahim menetapkan tarikh selepas pihak pendakwaan menutup kes terbabit dengan memanggil 20 orang saksi.
Tertuduh yang dikenali sebagai Mohamad Zaki Gusam, 31, Mohd Farhan Mohd Fudzi, 33, Mohamad Faeszudin Mohamad Jaes, 34, Mohammad Hasrul Faiz Mustaffa, 35, Mohd Borhan Zakaria, 36, dan Muhammad Nazri Mohd Kahar, 29, didakwa membunuh Muhammad Faiz Harun di Pos Mapan-Mapan, Kampung Mapan-Mapan di Pitas, pada 1 hingga 2.30 pagi, 22 Mac 2020.
Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah pada 27 Julai 2021 dengan mereka masih lagi dalam tahanan. — The Star/SANDRA SOKIAL
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram