KEMENANGAN wajib diraih oleh Terengganu FC ketika bertemu wakil Indonesia, PSM Makassar dalam aksi peringkat kumpulan Piala Shopee di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Rabu.
Jika berjaya menang, ia menghidupkan peluang untuk Terengganu mara ke separuh akhir walaupun masih perlu menang ke atas BG Pathum United pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
Bertemu pendahulu kumpulan, PSM Makassar mempunyai beberapa nama yang sememangnya boleh memberikan masalah buat Terengganu.
BACA LAGI: Berdepan cabaran PSM Makassar, legenda Peteh pesan pemain TFC wajib bersungguh atas padang
Nermin Haljeta
Ancaman ketara yang harus dihadapi oleh Terengganu adalah kehadiran penyerang import Makassar yang bertubuh sasa iaitu Nermin Haljeta.
Berusia 27 tahun dan berasal dari Slovenia, ketinggian Haljeta mencecah 1.95 meter menjadikan dia cukup tinggi dan dominan dalam perebutan bola di udara.
Haljeta mempunyai ketinggian menghampiri 2 meter. — Agensi
Selain itu, Haljeta merupakan penjaring terbanyak Makassar bagi musim ini. Setakat ini, dia sudah menghasilkan lapan gol dengan dua daripada hadir semasa Piala Shopee.
Pastinya, kehadiran Haljeta akan memaksakan pertahanan Terengganu untuk menggunakan kekuatan fizikal mereka bagi memastikan dia 'senyap' sepanjang perlawanan.
Aloisio Neto
Selain daripada Haljeta, Terengganu perlu menfokuskan kepada keberadaan pemain pertahanan dari Brazil iaitu Aloisio Neto.
Turut berusia 27 tahun, pertahanan tengah itu mempunyai rekod bersih sebagai pemain bertahan (defensive) dari segi kutipan kad kuning atau kad merah.
Neto (kanan) begitu tajam di depan gol bagi seorang pemain pertahanan. — Agensi
Tetapi kekuatan sebenar Neto terletak kepada kualiti penyudahnya. Walaupun Neto adalah pemain pertahanan, tetapi dia sudah menjaringkan lima gol dalam Piala Shopee dan Liga 1 Indonesia.
Selain itu, Neto mempunyai versatiliti untuk beraksi sebagai pemain pertahanan tengah, pertahanan kiri dan pemain tengah bertahan.
Rizky Eka Pratama
Selain bintang import, Makassar turut mempunyai ancaman yang perlu dijaga menerusi pemain tempatan mereka.
Rizky Eka Pratama merupakan pemain sayap yang mempunyai kebolehan untuk diletakkan di kedua-dua belah padang baik sebagai syaap kiri atau sayap kanan.
Pratama boleh beraksi sebagai pemain serangan dan bertahan. — AFC
Selain itu, Pratama juga mempunyai kebolehan untuk dimainkan di posisi pertahanan dengan semasa berdepan BG Pathum United, dia beraksi sebagai pertahanan kiri.
Sudah pasti, kualiti permainannya adalah pada kelajuannya. Oleh itu, Azam Azmi berdepan cabaran sukar untuk memastikan Pratama tidak memberikan masalah kepada gawang Terengganu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram