PELAKSANAAN musim secara rentas tahun (cross-year) di Liga Super sedikit sebanyak mewujudkan suasana 'kelam-kabut' dalam kalangan kelab bertanding.
Hal ini kerana, terdapat kelab yang kehilangan pemain dan jurulatih pada pertengahan musim kerana faktor kontrak mereka tidak diatur selari dengan perjalanan musim.
Dalam pada itu, ada juga beberapa pemain yang akan tamat kontraknya apabila musim 2024/2025. Dengan tiada khabar mengenai pembaharuan kontrak, mereka boleh disambar oleh seteru mereka pada bila-bila masa. Jaga-jaga!
BACA LAGI: 'Jangan bunuh semangat dia', Badrul Afzan minta penyokong TFC terus sokong Rahadiazli
BACA LAGI: [VIDEO] Gol ala-ala Son Heung-min Endrick bukan yang pertama, legenda Kelantan pengasas 'CCMG'
Stuart Wilkin
Pemain tengah Sabah FC dan Harimau Malaya itu pastinya menjadi rebutan pelbagai kelab seandainya masanya bersama kelab Borneo itu tamat.
Berusia 26 tahun, Stuart Wilkin yang dalam perjalanan menuju fasa kemuncak prestasinya pasti boleh menawarkan lebih lagi daripada apa yang dia ada sekarang jika berada di kelab tepat.
Stuart Wilkin hebat melakukan rembatan dari luar kotak. — Facebook/Sabah FC
Kebolehannya melakukan rembatan dari luar kotak pastinya menjadi idaman sambil persembahan bertenaganya mengawal bahagian tengah terutamanya semasa membantu serangan.
Sebelum ini, Selangor FC ada menunjukkan minat untuk mendapatkan minat tetapi adakah mereka akan kembali semula pada akhir musim ini? Kita perlu tunggu.
Bergson da Silva
Penyerang ampuh ini dilihat bakal kehabisan kontrak pada akhir musim ini dan bebas untuk menyertai mana-mana kelab jika berjaya mengikatnya.
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu walaupun khidmatnya sedikit terhad di Asia, tetapi ketajamannya terserlah di Liga Super.
Bergson merupakan calon naturalisasi Harimau Malaya. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
Bergson da Silva dilaporkan akan dinaturalisasikan, jika ada kelab berjaya membawanya jauh dari JDT, ia akan menjadi bonus buat serangan mereka pada musim seterusnya.
Pada usia 33 tahun, Bergson masih lagi mampu untuk menjadi penggempur dan menghadiahkan gol buat mana-mana kelab yang diwakilinya.
Shahrul Nizam
Salah seorang pertahanan tempatan yang berkualiti, Shahrul Nizam turut boleh diburu oleh mana-mana kelab apabila tamat musim 2024/2025.
Pertahanan Terengganu FC itu mempunyai versatiliti dengan bukan saja hebat beraksi sebagai pertahanan tengah, tetapi boleh bermain di posisi pertahanan kiri juga.
Nizam (tengah) merupakan bintang pertahanan Terengganu. — Facebook/Terengganu FC
Kualiti yang ada pada Nizam melihatkan dia mampu untuk menyarung jersi skuad kebangsaan. Jika prestasinya terus baik, tidak mustahil namanya akhirnya 'melekat' dalam Harimau Malaya.
Tetapi, adakah musim depan dia akan terus bersama Terengganu? Atau kelab lain akan menyambarnya? — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram