Man United beri respons tak masuk akal, tawaran perpindahan Alejandro Garnacho ke Napoli


  • Podium
  • Rabu, 15 Jan 2025

Garnacho kini diburu oleh Napoli sebagai pengganti Kvaratskhelia. — Agensi

MANCHESTER United telah mengeluarkan respons 'menakutkan' terhadap tawaran pertama Napoli buat Alejandro Garnacho, ketika kelab Serie A itu sedang mencari pengganti Khvicha Kvaratskhelia, menurut laporan media antarabangsa.

The Red Devils ketika ini tidak menjalani separuh pertama musim Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan baik, apabila pasukan Ruben Amorim kini berada di tempat ke-13 dalam liga selepas 20 perlawanan.

Bagaimanapun, United telah memberikan persembahan positif ketika menentang Liverpool dan Arsenal dalam dua perlawanan terakhir.

BACA LAGI: Safawi Rasid-Akhyar Rashid turun latihan, fans Sang Penyu doa bukan harapan palsu, beraksi lawan JDT

BACA LAGI: [VIDEO] 'Anda terlalu tua', Liridon Krasniqi balas kritikan, 'payung' skil bersama FC Schaffhausen

Pihak pengurusan United berharap dapat membantu membentuk semula skuad Ruben Amorim agar dapat melakukan falsafah dan gaya permainannya seperti di Sporting Lisbon.

Untuk mencapai itu, United mungkin perlu menjual pemain dengan Marcus Rashford sudah menyatakan hasrat untuk mencari 'cabaran baharu'.

Minat terhadap pemain antarabangsa Argentina, Garnacho muncul apabila Napoli mencari pengganti bagi Kvaratskhelia yang dilaporkan akan menyertai Paris Saint-Germain.

Khabar angin pada Isnin (14 Januari) mengatakan bahawa Napoli telah membuat tawaran pertama mereka untuk Garnacho dengan nilai sekitar €45 juta (RM208 juta).

Akhbar Itali Gazzetta dello Sport melaporkan bahawa Kvaratskhelia hampir menjadi pemain PSG, Napoli pula telah menyediakan sasaran untuk menggantikannya, termasuk Garnacho.

Pasukan Serie A telah bertanyakan keadaan pemain sayap United itu dan ‘respons menakutkan’ apabila The Red Devils menuntut €80 juta (RM371 juta) untuk membenarkan pemain muda Argentina meninggalkan Old Trafford pada Januari. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram