Chelsea sertai Napoli letak harga tinggi rekrut Garnacho dari Man United


  • Podium
  • Sabtu, 18 Jan 2025

Jika dijual, Garnacho akan memberikan keuntungan besar kepada kelab. — Agensi

MANCHESTER United dilaporkan menerima tawaran yang lebih tinggi untuk penyerang sayap, Alejandro Garnacho berikutan minat daripada pesaing Liga Perdana Inggeris (EPL) mereka, Chelsea.

The Red Devils kini sedang berusaha menjual beberapa aset mahal mereka bagi mengumpul dana untuk pembinaan semula pasukan dan Garnacho merupakan salah seorang pemain yang sedang dipertimbangkan untuk dijual.

Pemain berusia 20 tahun itu menyertai Manchester United dari Atletico Madrid dan membesar di akademi kelab tersebut sebelum menembusi kesebelasan utama. Jika dijual, Garnacho akan memberikan keuntungan besar kepada kelab.

BACA LAGI: Liverpool, Man United berebut bek kiri Bayern Munich

BACA LAGI: Legenda Man United, Denis Law meninggal dunia pada usia 84 tahun

'Ubi muda' antarabangsa Argentina yang kerap kali dimasukkan dan dikeluarkan dari kesebelasan utama sejak ketibaan Ruben Amorim pada akhir tahun lalu, kini menjadi tumpuan beberapa pasukan Eropah.

Terdapat keraguan mengenai kemampuannya untuk menyesuaikan diri dengan sistem 3-4-3 yang digemari oleh Amorim, dengan pihak pengurusan mungkin lebih cenderung menjualnya berbanding pemain akademi lain, Kobbie Mainoo.

Gergasi Serie A, Napoli antara yang difahamkan sebagai pencabar utama dalam perebutan untuk mendapatkan Garnacho.

Pesaing terdekat Chelsea dalam memburu Garnacho itu sedang mencari pemain sayap bagi menggantikan Khvicha Kvaratskhelia, yang baru sahaja menjadi pemain paling mahal dalam liga pada bulan ini.

Chelsea dikhabarkan telah meningkatkan tawaran mereka untuk Garnacho daripada 40 juta Euro (RM185 juta) kepada 55 juta Euro (RM254 juta), walaupun Manchester United masih berharap untuk menerima tawaran sekitar 70 juta Euro (RM324 juta).

naoli

Napoli sedang mencari pengganti Khvicha Kvaratskhelia. — Agensi

Walaupun harga yang diminta tinggi, dilaporkan bahawa Garnacho telah mencapai 'perjanjian lisan' dengan Napoli untuk kontrak lima tahun dengan gaji sekitar tiga juta Euro setahun.

Namun, pendapat jurnalis Itali, Francesco Modugno mengenai harga yang diminta oleh Manchester United tidak seiring dengan pandangannya. Menurut Modugno, Garnacho mungkin tidak akan menjadi pemain utama di Napoli.

"Tiada pemain baharu yang akan datang ke Naples untuk menjadi pemain utama," katanya.

Modugno turut berpendapat bahawa Garnacho hanya bernilai separuh daripada jumlah yang diminta oleh United, iaitu sekitar 35 juta Euro (RM161 juta). — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram