PERLAWANAN Liga Super antara Sri Pahang FC dengan Kuching City FC di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Temerloh pada Sabtu ditangguhkan akibat hujan lebat.
Selepas lima minit perlawanan diadakan, cuaca menjadi buruk apabila hujan turun dengan lebat dan ia berterusan sehingga minit ke-30 perlawanan.
Namun begitu, Kuching City tetap berjaya mendapatkan gol hasil jaringan Yuki Tanigawa pada minit ke-14 membolehkan kelab Sarawak itu mendahului.
BACA LAGI: Bintang Piala MFL dari JDT, TFC, Pahang pastikan aura Arumugam tak hilang dari Liga Super
BACA LAGI: Jaga-jaga Kedah, 3 'on-form' bekas bintang mampu bantu Sri Pahang 'gigit' Sang Kenari
Perlawanan ditangguhkan selepas minit ke-30 dengan pemerhatian dilakukan selama 30 minit sebelum keputusan sama ada aksi diteruskan atau ditangguhkan diputuskan oleh pengadil.
Namun begitu, selepas pemerhatian dilakukan, tiada perkembangan positif dilihat terutamanya dari keadaan padang yang masih mempunyai takungan air yang banyak.
Ia memaksa pengadil untuk menunda perlawanan sehingga ke minit ke-30 dengan baki saingan akan diadakan pada waktu yang lain.
Baki minit perlawanan akan diadakan pada waktu lain dengan kedudukan semasa 1-0 memihak Kuching City akan dikekalkan. Butiran mengenai sambungan perlawanan masih belum disahkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram