PASANGAN Pearly Tan-M. Thinaah meneruskan kemaraan dalam Indonesia Masters apabila berjaya mara ke separuh akhir kejohanan tersebut pada Jumaat.
Gandingan beregu wanita utama negara itu menewaskan pasangan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto yang juga merupakan pemenang Terbuka Malaysia dalam aksi dua set.
Kemenangan straight set yang diraih Pearly-Thinaah berlaku dalam tempoh 48 minit dengan keputusan 21-16, 21-15.
BACA LAGI: [VIDEO] Sedih dibuang BAM, pemain badminton negara 'move on' mahu fokus belajar
BACA LAGI: Bulu tangkis plastik boleh 'bunuh' peluang pemain jadi bintang badminton
Kemenangan Pearly-Thinaah menewaskan Fukushima-Matsumoto adalah kali kedua berturut-turut selepas mereka melakukannya semasa bertemu di suku akhir Terbuka India.
Pasangan negara akan bertemu Lee Yeon-woo-Lee Yu-lim dari Korea Selatan pada aksi separuh akhir.
Langkah kanan dicatatkan oleh beregu wanita negara sedikit sebanyak menutup kedukaan selepas menyaksikan tiga pasangan beregu campuran terkandas.
Malaysia mempunyai potensi besar untuk mempunyai wakil di separuh akhir kategori tersebut namun malangnya, semuanya terkandas.
Pilihan pertama, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kalah kepada Dechapol Puavanranukroh-Supissara Paewsampran 21-18, 20-22, 18-21 sementara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin ditumpaskan wakil tuan rumah Rinon Rivaldy-Lisa Kusumawati 23-21, 11-21, 19-21.
Satu lagi pasangan, Goh Soon Huat-Shevon Lai kalah kepada Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 21-15, 21-9. — The Star/ADAM ZAMRI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram