JAGUH Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar akan kembali ke gelanggang ONE Championship apabila dijadual membuat perhitungan dengan bintang Colombia yang belum pernah tewas, Johan Estupinan dalam kategori flyweight pada pertarungan ONE 170 di Impact Arena, Bangkok pada Jumaat.
Menjelang perhitungan yang penuh mendebarkan itu, Johan atau mesra dengan sapaan Jojo itu berjaya mencuri tumpuan ramai ketika sesi Face-Off.
Menerusi video yang dikongsikan di Facebook itu, Jojo yang muncul dalam sesi Face-Off segak mengenakan busana baju Melayu berwarna ungu.
BACA LAGI: Debaran memuncak, PSM Makassar kelab pertama muncul semifinalis Piala Shopee jika malukan TFC
BACA LAGI: 'Sikit lagi kena pecat', Kim Swee lakar kemenangan sulung lepas 8 perlawanan
Dalam video yang berdurasi 40 saat itu menyaksikan Jojo dilihat berjalan tanpa rasa gentar sebelum bersalaman dengan petarung dari Colombia berkenaan.
Sementara itu, lawannya Estupinan pula mengenakan sut lengkap berwarna hitam berserta topi di atas kepala.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata penyokong memuji keputusan Jojo yang mahu mengenakan busana Baju Melayu dalam kejohanan berprestij itu.
Ada juga yang berharap agar aura Baju Melayu tersebut dalam membantu Jojo meraih kemenangan.
"Lawalah Jojo pakai Baju Melayu, semoga kemenangan milik Jojo," kata Azali Azzanova.
"Segaklah Jojo pakai Baju Melayu, boleh promote budaya kita di mata dunia," kata Irwan Mokh.
"Segak noh Johan, mantap busana Melayu, semoga beroleh kemenangan untuk harumkan nama Malaysia," kata Tuan Malik. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram