[VIDEO] Cemburu tak dapat air lepas latihan, Jojo bergurau mahu cari keluarga angkat


  • Podium
  • Selasa, 22 Okt 2024

Johan Ghazali (kanan) merupakan atlet Muay Thai sedang meningkat naik negara. — Instagram/JohanGhazali

KEHIDUPAN prodigi Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih mesra dengan sapaan Jojo semakin meraih perhatian penyokong sukan tanah air terutama peminatnya.

Jojo yang mempunyai 418,000 ribu pengikut pada laman Instagram peribadinya baru-baru ini 'menghiburkan' peminatnya dengan berkongsi klip video dia bergurau dengan ibunya, Jeanna Johnson.

Menerusi klip video yang dimuat naik pada Isnin itu menyaksikan Johan Ghazali kononnya kecewa apabila diabaikan oleh ibunya dan lebih memilih adiknya pula iaitu Muhammad Mikail.

BACA LAGI: Jojo Ghazali, pasukan sepak takraw dipilih terima Anugerah Khas SAM-100Plus 2023

BACA LAGI: [VIDEO] 'Kalau tak emas memang malu', Johan Ghazali warning adik buru pingat SUKMA 2024

Peminat petinju itu lebih terhibur apabila atlet berusia 18 tahun berkenaan menyatakan hasrat untuk menjadi anak angkat kepada keluarga lain selepas menerima layanan kurang adil daripada ibunya.

"Dari sini kita dapat tengok mama sayang siapa. Jojo dia tak bagi air pun. Ada tak mana-mana keluarga dekat Malaysia ini yang nak kutip Jojo, Jojo dah penat duduk dengan keluarga ini, nak dekat 18 tahun sedih begini," katanya dalam nada gurau.

Selepas insiden itu, ibunya segera memberikan anak kedua daripada empat beradik tersebut air untuk melegakan tekak usai latihan Muay Thai.

Untuk rekod, bukan hanya Jojo yang terlibat dalam Muay Thai, malahan Muhammad Mikail juga semakin menyerlah apabila baru-baru ini mendapat pingat emas dalam kategori 51-54 kilogram (kg) Sukan Malaysia (Sukma) 2024 pada Ogos lepas.

WhatsApp Image 2024-10-22 at 13.38.32

Johan Ghazali (kiri) bersama ibunya, Jeanna Johnson. — Instagram/JohanGhazali

Selain Jojo dan Mikail Ghazali, abang sulung mereka iaitu Elias Ghazali pernah mengharumkan nama Sarawak selepas meraih emas di SUKMA 2022 Kuala Lumpur dalam acara sama.

Jojo mula dikenali sejak atlet berkenaan muncul juara Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA di Petaling Jaya pada Ogos 2022.

Karier Jojo terus sensasi selepas menumbangkan Padetsuk Fairtex dari Thailand dengan masa terpantas hanya 16 saat pada kemunculan sulung di arena ONE Championship ketika usianya hanya 16 tahun, Februari lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram