[VIDEO] Sedih dibuang BAM, pemain badminton negara 'move on' mahu fokus belajar


  • Podium
  • Ahad, 24 Nov 2024

Prestasi terbaik Rex ialah berada pada kedudukan ke-259 dunia.

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) memainkan peranan penting dalam mencari dan mengembangkan bakat pemain badminton negara bagi memastikan skuad kebangsaan tidak habis bekalan untuk menghantar wakil ke kejohanan-kejohanan antarabangsa.

Bagaimanapun, tidak semua prospek yang diserap di usia muda akan meneruskan kerjaya badminton mereka bersama badan induk itu apabila BAM sendiri akan mengambil langkah membuang pemain yang disifatkan kurang mencapai kriteria sebagai tonggak kebangsaan.

Lihat sahaja pada Oktober lalu menyaksikan BAM, mengumumkan rombakan di bahagian pemain dengan melepaskan 13 pemain daripada senarai skuad senior kebangsaan bagi tahun 2025.

BACA LAGI: [VIDEO] Badminton nombor 2, adik Tze Yong tak terfikir mahu ikut langkah abang

BACA LAGI: Bulu tangkis plastik boleh 'bunuh' peluang pemain jadi bintang badminton

Rombakan yang dilakukan pada bulan lepas bukanlah perkara baharu kerana sebelum ini, badan induk itu juga pernah membuat perkara sama kepada beberapa prospek lain termasuklah pemain perseorangan, Rex Hooi Shao Herng.

Menceritakan kembali momen pada Disember 2023 itu, pemain berusia 21 tahun berkenaan tidak menafikan sedih meninggalkan kem kebangsaan negara di awal berita pengugguran tersebut.

WhatsApp Image 2024-11-24 at 19.35.53

Bekas pemain perseorangan, Rex Hooi Shao Herng.

"Sebelum digugurkan, saya ada feeling yang saya akan dibuang kerana prestasi semasa tidak bagus. Saya sedih bila dapat tahu itu tapi terima untuk teruskan. Lepas sudah tahu dibuang, saya terus move on secepat mungkin.

"Saya terus fikirkan apa yang saya mahu buat seterusnya. Selepas digugurkan, saya pilih belajar sambal teruskan bermain tapi dengan sertai kejohanan universiti-universiti," katanya kepada Majoriti.

Walaupun tidak lagi beraksi di peringkat antarabangsa tetapi penuntut Diploma Kewangan di Universiti UCSI itu jauh lebih bahagia menyertai kejohanan bertaraf sukan universiti sahaja.

Misalnya, Rex baru sahaja selesai membantu UCSI memenangi acara berpasukan dalam Piala Universiti Badminton Asics 2024 dengan pemain muda itu beraksi untuk kategori perseorangan lelaki.

"Kalau main sekarang tidak ada tekanan. Saya rasa bermain lagi bagus, berbanding dari dulu. Walaupun tak berlatih macam dulu tapi saya rasa masih boleh perform.

"Untuk masa sekarang, saya tak fikir untuk jadi pemain profesional. Saya cuma mahu fokus untuk habiskan akademik sambil menjadi jurulatih sambilan.

"Sekarang saya belajar pagi dan petang, main badminton pada malam. Jadi saya masih boleh fokus belajar. Kalau dulu hanya fokus badminton. Sebab habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terus wakil negara kan, latihan sepenuh masa dan kejohanan," tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram