SEJAK kira-kira tiga minggu lalu, Kelantan Darul Naim (KDN) FC sudah kian tempang apabila satu demi satu pemain import mereka meninggalkan pasukan berkenaan tanpa sebarang perkhabaran.
Ia dimulakan dengan penghijrahan Aung Kaung Man ke kelab divisyen kedua Thailand, Phrae United sebelum Valdumar dan Oday Kharoub ke liga Libya dengan ketiga-tiganya tidak diumumkan pihak pengurusan kelab.
Kehilangan kesemua pemain import terbabit sudah tentu akan meranapkan musim pasukan Lembah Klang itu yang berada di kedudukan tercorot Liga Super selepas hanya merekodkan tujuh mata daripada 17 perlawanan.
BACA LAGI: 'Hanya 2 boleh harap', pemain lokal KDN dianggap tak cukup berkualiti di Stadium Cheras
BACA LAGI: KDN FC hilang 3 tonggak, bekas penyerang kelab Lembah Klang jadi harapan bertemu KL City
Washington diumumkan sebagai pemain baharu kelab Vietnam itu. — Facebook/HAGL FC
Namun, baru-baru ini, skuad Kijang Emas sekali lagi berputih mata apabila mereka kehilangan khidmat penyerang kelahiran Brazil, Washington Brandao yang hanya menyertai pasukan tersebut pada pertengahan musim.
Pemain yang beraksi cemerlang dengan menjaringkan dua gol dalam tiga perlawanan pertamanya buat KDN FC itu sememangnya diharapkan dapat membawa sinar baharu buat skuad Kijang Emas.
Bagaimanapun, selepas mencatatkan tujuh penampilan Liga Super buat pasukannya, pemain berusia 34 tahun tersebut secara tiba-tiba gagal dikesan yang menyaksikannya tidak diturunkan pengendali, Park Jae-hong.
Teka-teki mengenai keberadaannya akhirnya terjawab apabila pada Selasa, bekas import Petaling Jaya (PJ) City FC itu diumumkan sebagai rekrut baharu pasukan Vietnam, Hoang Anh Gia Lai (HAGL) FC.
Endrick merupakan bintang utama buat Ho Chi Minh City FC ketika ini.
Perpindahan itu menyaksikan penyerang bertubuh sasa itu kembali beraksi buat pasukannya buat kali kedua selepas juga pernah beraksi dengan mereka buat dua musim bermula 2021.
Sepanjang tempoh berkenaan, Washington sempat mencatatkan lapan gol dan 11 bantuan jaringan dalam 63 penampilan yang membuatkan kepulangannya amat diraikan pihak kejurulatihan.
Penyerang tersebut akan menyertai seorang lagi bintang Liga Super, Endrick dos Santos yang kini beraksi buat Ho Chi Minh City FC secara perpindahan dari Johor Darul Ta'zim sejak pertengahan musim.
Pemain tengah itu menjadi tonggak utama pasukannya ketika ini kerana sudah menjaringkan dua gol dan satu bantuan jaringan buat pasukan yang berada di kedudukan ke-11 selepas 10 perlawanan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram