KDN FC hilang 3 tonggak, bekas penyerang kelab Lembah Klang jadi harapan bertemu KL City


  • Podium
  • Sabtu, 12 Okt 2024

Oday Ali dan Hakimi Abdullah antara pemain KDN FC yang ditimpa kecederaan. — Facebook/KDNFC

KELANTAN Darul Naim (KDN) FC optimis dapat mengekalkan rentak kemenangan menjelang perlawanan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC di di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kelantan pada 18 Oktober depan.

Skuad Kijang Emas sebelum ini meraih tiga mata berharap selepas merekodkan kemenangan 3-2 ke atas Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman dekat Paroi, Negeri Sembilan pada 27 September lalu.

Kemenangan itu diraih menerusi jaringan dari Mohamad Hakimi Abdullah, Kim Lik-wan dan gol kemenangan menerusi jaringan ketua pasukan mereka, Oday Ali Abdal Rahim pada minit ke-89.

BACA LAGI: Dulu beraksi di ACL, kini bintang Sabah, Kedah, Terengganu hanya jadi penonton

BACA LAGI: Sabah, Kuching, Terengganu untung besar jika sambar bintang tinggalkan Kedah

Selepas kemenangan berkenaan, pasukan Pantai Timur berkenaan kini sedang mempersiapkan pasukan untuk melayan kunjungan skuad Warga Kota di laman sendiri nanti.

Bagaimanapun, persiapan Kelantan difahamkan mengalami sedikit gangguan apabila beberapa pemain utama mereka mengalami kecederaan dan belum pasti sama ada mereka dapat diturunkan pada aksi bertemu The City Boys.

Situasi itu dikongsi sendiri oleh penolong ketua jurulatih, Rezal Zambery Yahya, yang memberitahu pemain seperti Oday Ali, Hakimi Abdullah dan penyerang Palestin, Layth Kharoub.

“Memang ikut hati nak menang setiap perlawanan. Kita akan berusaha sebaiknya untuk memenangi perlawanan nanti. Selepas menang dengan Negeri Sembilan itu, saya rasa kita boleh kekalkan rentak kemenangan.

“Sekarang pun dah masuk pusingan kedua, jadi setiap mata itu penting. Ada pemain-pemain yang tidak boleh beraksi seperti Oday Ali, Hakimi dan Layth. Sekarang ini, kita masih lagi memantau tahap kesihatan mereka.

“Tidak dinafikan momentum KL agak baik. Apa-apa pun pun yang penting kita fokus dengan persembahan pasukan kita. Saya rasa kita juga berpeluang untuk mening,” katanya kepada Majoriti.

Meskipun kehilangan tiga tonggak namun skuad Kijang Emas akan mempertaruhkan pemain import dari Brazil, Washington Brandao yang tiba pada jendela perpindahan kedua Ogos lalu.

ISIISISISI

Washington kembali beraksi ke kancah domestik selepas kali terakhir bersama Petaling Jaya (PJ) City FC pada 2020. — Facebook/KDNFC

Penyerang tinggi lampai itu melengkapkan kuota import pasukan Pantai Timur berkenaan selepas sebelum ini KDN mengambil Layt dan pemain kelahiran Myanmar, Aung Kaung Mann.

“Saya tengok Washington semakin serasi dengan dengan pasukan. Dah hampir sebulan pun dia dekat sini, kita dah dapat lihat perkembangan Washington. Ramai berharap untuk lihat gol debut Washington,” tambahnya.

Penyerang berkenaan pernah beraksi bersama Petaling Jaya (PJ) City FC selam dua musim pada tahun 2019 hingga 2020, sebelum berkelana ke saingan Vietnam dan Bangladesh.

Walaupun namanya tidak sepopular penyerang lain namun Washington antara penggempur yang menyinar bersama skuad The Phoenix apabila meledak lapan gol dalam 22 aksi liga termasuk jaringan ketika menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Julai 2019. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram