KELANTAN Red Warriors (KRW FC) dengan rasmi mengumumkan pelantikan Irfan Bakti Abu Salim sebagai Ketua Jurulatih.
Pengumuman itu dikongsikan oleh Presien kelab, Nik Hafiz Naim Nik Hassan menerusi satu kenyataan di laman rasmi Facebook pada Khamis.
Menurut kenyataan itu, pelantikan tersebut dilakukan selepas membuat penilaian menyeluruh terhadap keperluan pasukan.
BACA LAGI: Usia sudah lanjut, 3 import Liga Super 'diperam' dalam skuad Piala MFL
BACA LAGI: Makin dapat 'market' di Thailand, JDT wajar diberi kredit tonjol prestasi cemerlang pemain Malaysia
"Pelantikan ini dibuat selepas penilaian menyeluruh terhadap keperluan pasukan dan visi yang ingin dicapai. Irfan Bakti adalah jurulatih yang berpengalaman lebih dari 30 tahun dan namanya tidak asing lagi di Malaysia ini.
"Sebagai Ketua Jurulatih, Irfan Bakti bertanggungjawab mengemudi pasukan utama serta menerapkan falsafah permainan yang sejajar dengan identiti KRW FC.
"Pihak pengurusan ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Jurulatih Irfan Bakti serta menyeru semua penyokong untuk terus memberikan sokongan padu dalam usaha mencapai kejayaan bersama," tulis kenyataan itu.
Susulan pengumuman itu, ramai penyokong kelab Pantai Timur itu berharap agar legenda bola sepak seperti Indra Putra Mahayuddin kembali menabur bakti bersama pasukan tersebut termasuk sebagai panel kejurulatihan jika bukan sebagai pemain.
Bukan itu sahaja, Badhri Radzi yang sebelum ini pernah mempromosikan KRW turut disebut antara yang boleh dibawa masuk, namun sukar untuk diberi peluang dalam barisan kejurulatihan kerana tidak mempunyai pengalaman.
Tetapi, sekiranya Irfan Bakti mahu menerapkan semangat kenegerian, dia boleh cuba membawa masuk Nor Farhan Muhammad yang merupakan pembantu jurulatih di Kelantan Darul Naim (KDN) FC. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram