KELANTAN Darul Naim (KDN) FC mengalami kekalahan ke-10 dalam Liga Super 2024/25 apabila beraksi sebagai tuan rumah dalam aksi menentang Kuala Lumpur (KL) City FC.
Mereka yang beraksi sebagai tuan rumah berikutan kerja-kerja membaik pulih dijalankan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kelantan memulakan perlawanan dengan agak baik.
Selepas tidak dibolosi pada separuh masa pertama, skuad Kijang Emas meraih kelebihan pada babak kedua selepas penyerang baharu, Washington Brandao membuka jaringan.
BACA LAGI: [VIDEO] 'First ball' teruk, balingan bola tak serasi punca NS Antlers kalah kepada KL Thunder
BACA LAGI: STL 2024: 'Batal atau tidak?' Challenge minit akhir cipta drama aksi Kelantan Warriors-NS Antlers
Skuad Kijang Emas sekali lagi gagal membawa pulang sebarang mata. — Facebook/KDN FC
Dia yang menanduk masuk hantaran rakan sepasukan menerusi sepakan percuma meletakkan KDN FC di hadapan pada minit ke-56 dengan ia cukup diraikan pasukan Pantai Timur itu.
Namun, kelekaan penjaga gol, Fikri Che Soh menyaksikannya gagal menumbuk keluar tendangan penjuru Paulo Josue dengan bola muntah kemudiannya ditampan masuk pemain tengah KL City FC, Nick Swirad.
Nasib buruk terus dialami skuad kendalian Park Jun-heong selepas Josue sekali lagi menjadi watak utama apabila dia menanduk masuk hantaran Ryan Lambert.
Harapan skuad Kijang Emas untuk mengikat semula kedudukan tidak tercapai selepas kapten skuad Warga Kota itu membawa masuk jaringan kedua peribadinya.
Hanya Hakimi yang layak diberi pujian atas persembahan di Stadium Cheras, KL. — Facebook/KDN FC
Kekalahan berkenaan pasti pahit untuk ditelan penyokong KDN FC yang berang akan kualiti pasukan kerana tidak dapat memberikan persembahan terbaik setakat ini.
"Letih tengok permainan bakat tempatan. Hakimi (Abdullah) dan Fikri sahaja yang ada skil, lain kelihatan tumpul. Bahagian tengah tanpa Oday (Kharoub) nampak bergelut," kata Hafiz Afnan.
"Main apa pun tak tahulah, berlatih apa pun tak tahulah. Nampak pemain sayap sahaja membawa bola dan berlari-lari untuk ke dalam kotak penalti lawan," kata Zahiruddin Zakaria.
"Permainan tiada gerakan serangan, Oday tiada sehingga menyebabkan masalah di bahagian tengah kerana penyerang terpaksa turun mencari bola. Pertahanan pula lalai dengan hantaran lintang," kata MhaQimii Mshafiin.
Keputusan mengecewakan tersebut menyaksikan KDN FC kekal di tangga ke-12 selepas 12 perlawanan dengan enam mata dikutip hasil dua kemenangan dan 10 kekalahan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram