[VIDEO] Gol sendiri NS cetus persoalan di saat Sri Pahang tersungkur di Paroi


  • Podium
  • Jumaat, 10 Jan 2025

Negeri Sembilan meraih kemenangan ke atas Sri Pahang. β€” Facebook/Negeri Sembilan FC

PERTARUNGAN sengit berlaku di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi melibatkan Negeri Sembilan FC dengan Sri Pahang FC dalam aksi Liga Super pada Jumaat.

Perlawanan tersebut begitu sengit dengan perlawanan menyaksikan kemenangan 2-1 memihak Negeri Sembilan sekali gus membantu mereka meraih tiga mata berharga.

Namun begitu, ketiga-tiga gol dihasilkan oleh pemain tuan rumah menerusi gol Aliyu Abubakar untuk Sri Pahang sebelum Hein Htet Aung menyamakan kedudukan dan A. Selvan meledak jaringan buat Negeri Sembilan.

BACA LAGI: Sri Pahang dianggap 'favorite' raih kemenangan jika berjaya sekat 3 bintang NSFC

BACA LAGI: Tiga kelab Liga M termasuk Sri Pahang berputih mata, Jesper rupanya kembali warnai Liga Thailand

Gol sendiri daripada Abubakar itu terjadi pada minit ke-8 selepas dia cuba untuk menanduk bola keluar dari kawasan bahaya hasil hantaran lintang pemain Sri Pahang dari sebelah kanan.

Jaringan penyamaan Negeri Sembilan hadir sebelum tamatnya separuh masa pertama apabila Htet Aung mengambil kesempatan di atas kelam-kabut di depan gol Sri Pahang semasa sepakan penjuru.

Sementara jaringan kemenangan Negeri Sembilan terhasil selepas Selvan menerima satu cut back dari sebelah kiri pintu gol Sri Pahang bagi memastikan tiga mata jadi milik mereka.

Akan tetapi, perhatian dan pertikaian berlaku mengenai jaringan tersebut kerana Abubakar dilihat seperti sengaja menanduk masuk bola ke gawang sendiri.

Pertahan tersebut tertanduk bola ke gawang sendiri, sekali gus memberikan pendahuluan kepada Tok Gajah.

"Kena siasat ni," kata penyokong bernama Nan Sempit.

"Macam disengajakan je," ujar Ismail Mohaimin pula. β€” Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram