KEDAH Darul Aman (KDA FC) menunjukkan peningkatan positif dalam saingan liga domestik apabila berjaya membuat kejutan dengan meraih keputusan seri 3-3 ketika aksi bertemu PDRM FC di pentas separuh akhir Piala Cabaran MFL pada Sabtu.
Peningkatan itu seolah-olah memberi peluang kepada KDA FC untuk terus bernafas dalam menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor itu, Kedah berjaya mencipta kebangkitan seketika di separuh masa kedua walaupun sebelum itu mereka ketinggalan 0-2 di tangan lawan pada babak pertama perlawanan.
BACA LAGI: [VIDEO] Jodoh terlerai sudah, didenda RM15,000 antara 3 momen paling diingati Akhyar bersama JDT
BACA LAGI: [VIDEO] Insiden 'cabul' Arif Aiman, Theerathon Bunmathan digantung 3 perlawanan
Sejak awal musim Liga M yang menyaksikan pelbagai isu, Sang Kenari menunjukkan bahawa mereka bukanlah pasukan yang mudah dijatuhkan oleh lawan meskipun berdepan dengan masalah tunggakan gaji.
Walaupun hanya menurunkan Milos Gordic sebagai tonggak import dalam aksi itu, KDA FC tetap mampu memberikan saingan sengit terhadap Sang Saka Biru yang tampil lebih kuat dengan kelebihan empat import.
Meskipun kehilangan ramai pemain utama, keputusan Victor Andrag untuk menyenaraikan beberapa tonggak muda terbukti tepat kerana mereka menunjukkan semangat juang yang tinggi sepanjang perlawanan itu.
Oleh itu, Majoriti menyenaraikan tiga 'ubi muda' yang membuktikan bahawa Sang Kenari masih mampu bersaing dalam saingan liga domestik.
Danial Tarmizi membalas kepercayaan Victor Andrag dengan menampilkan persembahan yang cukup memukau di sebelah sayap kiri.
1. Danial Tarmizi
Nama pemain muda Sang Kenari, Danial Tarmizi mula mencuri tumpuan ramai penyokong Hijau Kuning apabila memanfaatkan kepercayaan yang diberikan oleh Victor berdepan PDRM pada Sabtu lalu.
Danial yang dibawa masuk pada minit ke-29 bagi menggantikan tempat Fayadh Zulkifli nyata tidak mensia-siakan peluang tersebut apabila membalas kepercayaan Victor dengan persembahan memukau di sebelah sayap kiri.
Kelincahan pemain sayap muda berusia 22 tahun itu memberi mimpi ngeri buat pertahanan PDRM yang dilihat goyah apabila menghadapi serangan daripada Danial.
Danial yang juga beraksi dalam Piala MFL mencatatkan satu gol selepas 10 penampilan bersama KDA FC B.
Untuk rekod, ini merupakan penampilan kedua Danial bersama Sang Kenari dan pastinya dia mengharapkan lebih banyak lagi peluang untuk beraksi di peringkat tertinggi.
Menggalas tugas sebagai kapten pasukan, Akmal Hakim nyata tidak terbeban apabila berjaya menyumbang satu gol buat Sang Kenari.
2. Akmal Hakim
Akmal Hakim memainkan peranan yang amat penting sebagai kapten Kedah dalam perlawanan tersebut, terutama dalam memastikan pasukan berjaya meraih keputusan seri.
Sebagai ketua pasukan, Akmal tidak hanya memberi arahan dan motivasi kepada rakan-rakan sepasukannya, tetapi juga menunjukkan kepimpinan di atas padang dengan memberi contoh yang baik.
Manisnya aksi tersebut, Akmal turut menunjukkan kemampuannya dengan menyumbang satu gol penting pada minit ke-65 buat Kedah.
Kepimpinan Akmal dalam mengatur serangan dan bertahan juga memberi impak positif kepada pasukan.
Dengan prestasi cemerlangnya ini, Akmal terus membuktikan bahawa dia adalah aset yang sangat berharga kepada pasukan Hijau Kuning.
Aiman Afif muncul sebagai penjaring kedua buat Sang Kenari.
3. Aiman Afif
Aiman Afif adalah seorang pemain muda yang mula mencuri perhatian dengan bakatnya di pentas Liga M.
Sebagai pemain yang memiliki kelincahan dan teknik yang baik, Aiman dikenal pasti sebagai seorang pemain yang mampu memberi impak besar dalam pasukan, baik dalam serangan mahupun pertahanan.
Dikenali dengan kelajuan dan kemampuan mengawal bola dengan kemas, penyerang berusia 23 tahun itu sering kali menjadi ancaman di bahagian serangan.
Keupayaan Aiman dalam membuat keputusan pantas di atas padang membuktikan kematangan dan kualiti permainannya walaupun masih muda.
Penyerang yang berketinggian 1.78 meter itu menjadi watak penting apabila mencetak gol ketiga buat Sang Kenari. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram