Kerang di Pantai Sura, Dungun dikesan ada tahap bakteria E.Coli tinggi


  • Primer
  • Ahad, 19 Jan 2025

Hasil analisis terhadap sampel kerang yang terdampar di Pantai Sura, Dungun, Terengganu mendapati tahap bakteria Fecal coliform dan Escherichia coli (E. coli) melebihi piawaian yang ditetapkan.

HASIL analisis terhadap sampel kerang yang terdampar di Pantai Sura, Dungun, Terengganu mendapati tahap bakteria Fecal coliform dan Escherichia coli (E. coli) melebihi piawaian yang ditetapkan.

Keputusan itu menimbulkan kebimbangan mengenai kualiti air di kawasan tersebut yang berpotensi membahayakan kesihatan awam.

Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, analisis yang dilakukan oleh Makmal Biosekuriti Perikanan Kuantan, Pahang terhadap sampel kerang yang dikutip pada Rabu lalu menunjukkan tahap Faecal Coliform melebihi 300 MPN/100g dan E. coli melebihi 230 MPN/100g.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Masih ada orang baik', satu Malaysia berterima kasih 2 sahabat teman remaja perempuan berkaki ayam jalan di 'highway' sampai polis datang

BACA LAGI: [VIDEO] Polis Kemaman tahan seorang lagi suspek pukul, seret OKU langgar gerai pasar tani

photo_6082503676842329256_y

Orang ramai dinasihati agar sentiasa mempraktikkan langkah-langkah kebersihan semasa memproses makanan laut bagi memastikan keselamatan makanan terjamin.

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan mengingatkan orang ramai agar memastikan kerang yang dikutip dimasak dengan sempurna sebelum dimakan bagi mengurangkan risiko pencemaran bakteria.

Ruzaidi turut menasihati agar pengambilan kerang mentah dielakkan terutamanya bagi individu dengan sistem imun yang lemah.

Pada masa sama, Ruzaidi juga mengingatkan orang ramai sentiasa mempraktikkan langkah-langkah kebersihan semasa memproses makanan laut bagi memastikan keselamatan makanan terjamin.

“Langkah berjaga-jaga ini penting bagi memastikan keselamatan makanan dan melindungi kesihatan pengguna.

“Jabatan Perikanan Terengganu akan terus menjalankan pemantauan berkala terhadap keselamatan makanan laut dan memberikan maklumat terkini kepada orang ramai," katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram