SEORANG lelaki warga Bangladesh yang didakwa menyerang selebriti sensasi Bollywood terkenal, Saif Ali Khan, di kediamannya di Mumbai pada Khamis lalu, ditahan di Thane, Maharashtra, awal pagi Ahad.
Menurut laporan media India, individu yang dikenali sebagai Mohammad Shariful Islam Shahzad, 30, ditangkap oleh pihak polis berhampiran Hiranandani Estate di Kasarvadavali, kira-kira 35 kilometer dari kediaman Khan.
Hasil siasatan awal mendapati suspek yang merupakan warga Bangladesh memasuki rumah Khan dengan niat untuk mencuri.
BACA LAGI: Sempat lari 20 minit, polis tahan 2 lelaki positif dadah
BACA LAGI: [VIDEO] Jodoh terlerai sudah, didenda RM15,000 antara 3 momen paling diingati Akhyar bersama JDT
"Dia tidak memiliki dokumen India dan beberapa bukti ditemukan menunjukkan suspek berasal dari Bangladesh," kata pegawai kanan polis, Dixit Gedam dalam satu sidang akhbar selepas penangkapan individu terbabit.
Menurut polis, suspek yang disyaki terlibat dalam insiden itu telah menetap di Mumbai selama empat bulan dan menukar identitinya dengan memakai nama Bijoy Das.
Lelaki tersebut juga dilaporkan pernah bekerja di sebuah syarikat penjagaan rumah.
Sebelum ini, pihak polis melaporkan bahawa Khan mengalami kecederaan serius akibat tikaman di leher dan berhampiran tulang belakang selepas seorang penceroboh memasuki kediamannya pada awal pagi Khamis.
Khan dikejarkan ke Hospital Lilavati dan menjalani pembedahan kecemasan sebelum bilah pisau sepanjang 2.5 inci berjaya dikeluarkan daripada tulang belakangnya.
Pada masa sama, Aakash Kailash Kannojia, 31, ditahan di stesen kereta api Durg, Chhattisgarh, selepas dipercayai terlibat dalam serangan terhadap Khan.
Penahanan dibuat setelah maklumat daripada polis Mumbai membantu Pasukan Perlindungan Kereta Api (RPF) mengesan suspek dalam kompartmen umum kereta api Mumbai-Howrah Jnaneswari Express sekitar pukul 2 petang.
Suspek, yang sedang dalam perjalanan tanpa tiket, disyaki terlibat dalam kes pencerobohan kediaman Khan. Polis Mumbai masih menjalankan siasatan lanjut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram