Ubati duka JDT benam Tok Gajah, Pedro idam bantu Sabah ke final Piala Malaysia selepas 22 tahun


  • Podium
  • Jumaat, 17 Jan 2025

Joao Pedro memikul peranan besar untuk cuba menembusi benteng pertahanan Tok Gajah dalam perlawanan itu. — Facebook/Sabah FC

HARAPAN besar penyokong Sabah FC demi menyaksikan pasukan mereka itu layak ke pentas akhir Piala Malaysia 2024/25 selepas kali terakhir berbuat demikian pada 22 tahun lepas.

Namun, untuk melangkah ke pentas tersebut, skuad Sang Badak perlu melepasi halangan skuad Tok Gajah di pusingan separuh akhir yang juga bercita-cita besar dalam kempen kali ini.

Jadi, pertembungan kedua-dua pasukan yang akan berlangsung di Stadium Likas, Sabah pada Sabtu sudah tentu akan mencuri perhatian dengan kemenangan pada aksi pertama bakal memberi suntikan motivasi.

BACA LAGI: Penyakit sama berulang, bek Sabah sekali lagi buat kesilapan tak masuk akal

BACA LAGI: [VIDEO] Hanya rekod 3 gol sepanjang karier, peledak Brazil belum tentu boleh saingi Ramon Machado

464811483_956728803160478_8194246254224648268_n

Skuad Sang Badak mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri. Facebook/Sabah FC

Sabah FC pasti mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri kerana aksi timbal balik di tempat lawan akan menyediakan cabaran berbeza buat pasukan Borneo tanah air itu.

Jadi, untuk memastikan kemenangan awal dapat diraih, misi besar akan diletakkan di bahu penyerang, Joao Pedro yang tampak bersedia menjelang perlawanan itu sambil menjelaskan kualiti pihak lawan tidak boleh dipandang ringan.

"Perlawanan akan datang menentang Sri Pahang FC merupakan pertembungan dalam format kejohanan dan kami mahu ke peringkat akhir. Bagi kami, ia merupakan satu aksi mendebarkan dan kami akan memberikan persembahan terbaik untuk mencapai sasaran ditetapkan.

"Ia akan menjadi pertemuan yang sukar kerana mereka mempunyai barisan pemain cukup baik. Tetapi, kami sudah bersedia dan saya yakin ia akan menjadi aksi menakjubkan bagi semua penyokong," katanya.

464991459_956729299827095_178099421843910832_n

Joao Pedro (kiri) tidak berdepan sebarang masalah untuk menyesuaikan diri. Facebook/Sabah FC

Penyerang berusia 24 tahun itu menjadi tonggak utama Sabah FC meskipun hanya menyertai kelab itu pada jendela perpindahan kedua dengan dia tidak berdepan sebarang masalah untuk menyesuaikan diri.

Dalam 12 penampilan secara keseluruhan, import Brazil tersebut sudah mencetak tujuh jaringan dengan enam daripadanya dicetak dalam saingan Liga Super untuk membantu pasukannya menduduki tangga ketiga ketika ini.

"Sejak menyertai Sabah FC pada September, semuanya berjalan lancar. Anda boleh lihat daripada gaya permainan diterapkan, persefahaman kami amat baik dan saya amat berbangga kerana menjadi sebahagian daripada pasukan ini," katanya lagi.

Untuk rekod, kali terakhir skuad Sang Badak melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia adalah pada 2003, namun mereka dikecewakan dalam pertembungan itu selepas tewas 0-3 kepada MPPJ FC. — The Star/T AVINESHWARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram