Nafikan banyak percubaan TFC, penjaga gol muda Selangor pukau fans Peteh, dipuji ekor Gergasi Merah


  • Podium
  • Khamis, 16 Jan 2025

Azeem (berdiri, dua dari kanan) mempamer persembahan cemerlang dalam aksi Piala MFL. — Facebook/Terengganu FC II

PERSAINGAN merebut takhta kejuaraan Piala MFL dilihat cukup menarik dengan pencabarnya, skuad bawah 23 tahun (B-23) Selangor FC terus menghimpit Johor Darul Ta'zim II (JDTII).

Pada Rabu, skuad muda Gergasi Merah itu meraih kemenangan penting apabila mereka berjaya menewaskan Terengganu FC II (TFCII) 2-1 dalam aksi yang diadakan di Stadium UiTM, Shah Alam.

Kemenangan itu membolehkan Selangor B-23 berada satu mata di belakang JDTII dengan berkelebihan satu perlawanan.

BACA LAGI: Mustahil disambar JDT, Wenzel-Halls boleh pilih Selangor-Terengganu-Sabah jika benar tinggalkan Penang

BACA LAGI: 'Depan gol pun tak skor', fans minta pengurusan Selangor awal lepaskan import tak berbaloi

Dalam kemenangan tersebut, tumpuan terarah kepada persembahan cemerlang penjaga gol Selangor B-23 iaitu Azeem Izhar Rizal.

Penjaga gol muda itu dilihat menjadi penyumbang kepada kemenangan Selangor B-23 apabila dia berjaya menepis pelbagai percubaan yang dilakukan oleh para pemain TFCII.

Aksi padu yang ditampilkan oleh Azeem itu mendapat pujian oleh penyokong Selangor, malah mereka yang meminati Terengganu turut terpegun melihat persembahannya.

"Padu penjaga gol muda Selangor, banyak lakukan save," kata Shah Boy yang merupakan penyokong Selangor.

"Peluang banyak dah, nasib je penjaga gol tu beraksi baik sangat, kalau tidak mesti boleh menang," ujar Romzi Rahman yang menyokong Terengganu.

Seandainya Selangor B-23 menjuarai Piala MFL, pastinya persembahan Azeem pada aksi bertemu TFCII itu akan dikenang sebagai antara detik penting kejayaan mereka meraih piala. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram