Penyakit sama berulang, bek Sabah sekali lagi buat kesilapan tak masuk akal


  • Podium
  • Sabtu, 11 Jan 2025

Sabah FC yang mempamerkan corak permainan cemerlang pada babak pertama berdepan kesukaran untuk mengekalkan kecemerlangan itu selepas tewas 0-4 kepada JDT. — Facebook/Sabahfc

SABAH FC berputih mata apabila gagal meraih tiga mata penuh selepas tewas 0-4 kepada pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) saingan Liga super 2024 pada Sabtu.

Berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor itu, Sang Badak dilihat bergelut untuk mendapatkan gol pendahuluan apabila gagal menembusi benteng pertahanan Harimau Selatan.

Bukan sahaja pelawat malah pasukan tuan rumah turut dilihat berdepan kesukaran untuk mematahkan benteng pertahanan The Rhinos yang diketuai oleh Park Tae-su.

BACA LAGI: Musim belum habis, 3 pemain JDT dah tinggalkan 'pitch' berehat panjang

BACA LAGI: ‘Bayang masih tak nampak’, ekor pasang impian 7 pemain warisan misteri dapat perkuat Harimau Malaya mulai Mac

photo_6060135238056658507_y

Sabah terpaksa menelan pahit selepas tewas 0-4 kepada JDT. — Facebook/Sabahfc

Sabah hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-34 namun penyerangnya, Joao Pedro gagal menggunakan peluang keemasan tersebut untuk mencetak gol.

Penyerang berbisa JDT, Bergson da Silva turut berdepan masalah untuk mencetak jaringan apabila dua pertahanan kental The Rhinos, Dominic Tan dan Tae-su tidak membenarkan pemain kelahiran Brazil itu menyumbat gol.

Bersambung babak kedua di SSI, anak-anak buah Martin Stano kelihatan terpaku apabila sepakan percuma Juan Muniz menerjah masuk ke sebelah kiri pintu gawang Sabah, sekali gus meletakkan JDT di hadapan dengan keputusan semasa 1-0.

Pertahanan JDT, Corbin Ong mahu menambah duka buat Sang Badak namun rembatannya mudah ditangkap kemas oleh penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi Che Mat.

Hector Bidoglio yang mahu menambah jaringan dilihat membawa masuk dua penyerang berbisa, Heberty Fernandes dan Romel Morales bagi mempertajamkan jentera serangan Harimau Selatan.

Kesilapan benteng pertahanan Sabah hampir memakan diri apabila pemain gantian, Morales hampir mencetak nama sebagai penjaring namun rembatannya jauh tersasar.

photo_6060135238056658506_y

Ramai penyokong meletakkan kesalahan di bahu bek Sabah, Rawilson (kiri) kerana menjadi punca Sabah tersungkur di Johor. — Facebook/Sabahfc

Menariknya lagi aksi di bumi Johor itu, gol kedua yang dihasilkan oleh Juan Muniz berjaya memukau penyokong yang hadir apabila meledak jaringan cantik dengan rembatan kencang pada minit ke-69.

JDT terus menjarakkan kedudukan menerusi sepakan penalti yang disempunakan oleh Bergson selepas pertahanan Sabah Tae-su dikesan menghalang bola dengan menggunakan tangan dalam kawasan penalti.

Kurang dari lima minit, Bergson terus mencipta nama sebagai pencetak gol selepas berjaya memanfaatkan kesilapan Rawilson Batuil yang gagal mengawal kemas bola dalam kawasan sendiri.

Aksi di SSI berakhir dengan keputusan akhir 4-0 berpihak kepada pasukan tuan rumah.

Dengan kekalahan itu, ramai penyokong Sang Badak mengkritik persembahan yang ditampilkan oleh bek The Rhinos, Rawilson yang tidak pernah belajar dari kesilapan sebelum ini.

"Saya hairanlah, lama sudah saya perhatikan, lebih baik tukar si Rawilson itu, masa freekick saya memang sudah agak, confirm gol, JDT kalau sudah leading, dorang mesti control game punyalah," kata Mizam Shah.

"Asal JDT main sahaja, confirm Rawilson yang buat hal, tak pernah tak buat hal dia ini" kata Johnny Andrew.

"Suka bagi freekick sama penalti pula si Rawilson ini, suka betul buat kekasaran dalam kotak penalti," kata Anddy Azry.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram