SABAH FC dijangka menghadapi kesukaran untuk menghasilkan gol apabila difahamkan benteng akhir Sri Pahang FC akan kembali mengukuhkan pasukan itu menjelang aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Likas, Sabah pada Sabtu.
Perkara itu dikongsikan oleh pemerhati sukan tanah air, Zulhelmi Zainal Azam di laman X yang berkongsikan bahawa penjaga gol utama Tok Gajah, Zarif Irfan Hashimuddin akan turun beraksi di Likas nanti.
Menurutnya, pemain berketinggian 1.84 meter itu akan menggalas tugas sebagai penjaga gol utama menjelang perlawanan yang penuh mendebarkan itu.
BACA LAGI: Usia sudah lanjut, 3 import Liga Super 'diperam' dalam skuad Piala MFL
BACA LAGI: [VIDEO] Insiden 'cabul' Arif Aiman, Theerathon Bunmathan digantung 3 perlawanan
“Zarif Irfan kembali perkuat Sri Pahang untuk aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia bertemu Sabah selepas tidak beraksi dalam aksi suku akhir kedua bertemu Perak FC akibat digantung perlawanan,” katanya.
Zarif Irfan sebelum ini dilayangkan kat merah oleh pengadil perlawanan, S. Logeswaran dalam aksi suku akhir pertama bertemu Perak FC pada 13 Disember 2024.
Dalam aksi tersebut, Zarif Irfan dikesan menyiku penyerang import skuad Seladang, Clayton Da Silva pada minit ke-87 selepas melihat kepada video bantuan pengadil (VAR).
Meskipun beraksi dengan 10 pemain, skuad kendalian Fandi Ahmad itu berjaya membawa bekalan satu gol untuk aksi kedua dan mara ke separuh akhir dengan agregat 4-3. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram