PEMERGIAN penjaga gol skuad wanita kebangsaan, Azurin Mazlan ke luar negara diterima baik oleh ramai pengikut bola sepak tempatan.
Pada Isnin, Sabah mengumumkan pemergian Azurin ke kelab Albania, KFF Vllaznia yang merupakan salah sebuah kelab bola sepak wanita profesional di sana.
Azurin disunting oleh kelab itu dengan dia akan memulakan musim baharu saingan divisyen satu Liga Albania yang bermula pada penghujung Januari.
BACA LAGI: [VIDEO] Berjaya catatkan kemaraan, Sabah Women perlu bersedia hadapi kelab Korea
BACA LAGI: Nurul Azurin harap kontrak baharu bersama Misaka United FC disambung
Keputusan Azurin berkelana ke bumi Eropah itu secara tidak langsung menaikkan nilai pemain bola sepak wanita kebangsaan sekali gus meningkatkan profil Malayan Tigress di peringkat antarabangsa.
Dan dalam masa yang sama, ia turut memberikan sedikit 'usikan' kepada para pemain lelaki tempatan yang dilihat lebih selesa beraksi di Liga Super berbanding mencuba nasib dalam saingan liga asing.
Hadi Fayyadh (kiri) antara pemain tempatan yang pernah beraksi di luar negara. — Facebook/PDRM FC
Bagi salah seorang penyokong bernama Haslee Shaqkiri, tindakan Azurin ke luar negara dan keluar dari zon selesa dilihat lebih berani daripada pemain lelaki yang kekal beraksi di Malaysia.
Padanya, pemain harus berani mencari tempat di liga luar walaupun dengan bayaran sedikit berbanding terpaksa berdepan risiko tunggakan gaji.
"Maaf cakap, tapi dia (Azurin) mempunyai lebih keberanian berbanding pemain lelaki tempatan di luar sana.
"Dah tahu liga tak mesra pemain tempatan, bersedia untuk cari pasaran luar. Lagi bagus main dengan gaji tak banyak berbanding gaji sangkut berbulan-bulan," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram