Tak boleh diturunkan jumpa JDT berbanding Akhyar-Azmi, Safawi Rasid kekal ‘gentleman’, canak motivasi TFC sebagai ‘sparring’


  • Podium
  • Jumaat, 17 Jan 2025

Kemungkinan besar Safawi tidak dapat beraksi menentang JDT berdasarkan kontraknya ketika ini. — Facebook/Terengganu FC

PENYOKONG Terengganu FC dapat melakar senyuman dan menarik nafas lega selepas mereka dapat menurunkan dua tonggak utama, Akhyar Rashid dan Azam Azmi Murad bagi pertembungan separuh akhir Piala Malaysia berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Mereka sebelum ini difahamkan tidak dapat bermain dalam kedua-dua pertemuan kerana hanya beraksi buat skuad Sang Penyu sebagai pemain pinjaman daripada kelab Selatan tanah air itu.

Bagaimanapun, melihat kepada perkembangan terbaru, Akhyar dijangka dapat diturunkan memandangkan pada Rabu lalu, dia secara rasmi menjadi bintang tetap buat Terengganu FC selepas menandatangani kontrak sehingga 2027.

BACA LAGI: Safawi Rasid-Akhyar Rashid turun latihan, fans Sang Penyu doa bukan harapan palsu, beraksi lawan JDT

BACA LAGI: Kehadiran bintang warisan buka peluang pemain lokal tonjol prestasi terbaik — Safawi Rasid

473425903_599113922830046_8463572778483402666_n

Akhyar kini berstatus pemain utama skuad Sang Penyu. Facebook/Terengganu FC

Bagi Azam Azmi pula, rekod musim ini menyaksikannya dia turun beraksi ketika skuad Sang Penyu berdepan JDT yang sekali gus menimbulkan kemungkinan besar bek kanan itu akan bersama-sama pasukannya pada Jumaat.

Namun, di sebalik kehadiran dua tonggak utama itu, penyokong masih meletakkan harapan penyerang sayap pasukan, Safawi Rasid dapat diturunkan bagi memastikan jentera serangan Terengganu berada di tahap terbaik.

Dalam 23 penampilan di peringkat domestik, bintang Harimau Malaya tersebut mencetak 10 jaringan yang menjadikannya salah seorang tonggak utama buat kelab Pantai Timur itu.

Melihat kepada statistik terbabit, ketiadaan pemain berusia 27 tahun berkenaan pasti akan dirindui dengan pengalamannya sepanjang karier, termasuk sepanjang bersama skuad Harimau Selatan sememangnya diperlukan.

Tetapi, dalam sesi latihan pada Khamis, kelibat Safawi kelihatan bersama rakan-rakan sepasukan sehingga membuat penyokong menimbulkan spekulasi bahawa dia juga akan diturunkan.

474025531_599825862758852_4030557502948929392_n

Safawi (kiri) beraksi dalam sesi latihan skuad Sang Penyu baru-baru ini. Facebook/Terengganu FC

Berdasarkan kepingan foto dimuat naik di laman media sosial kelab, pemain sayap itu kelihatan bersungguh-sungguh menuruti arahan pihak kejurulatihan selain sempat melakar senyuman.

Kehadirannya sedikit sebanyak membuatkan peminat pasukan berteka-teki sama ada JDT sudah memberikan keizinan untuknya diturunkan bagi memastikan perlawanan terbabit berlangsung dengan tahap kompetitif tertinggi.

Namun, kemungkinan untuk juara bertahan Piala Malaysia itu mendengar permintaan penyokong Terengganu FC adalah rendah kerana ketetapan sedemikian sudah ditetapkan sebelum Safawi menandatangani kontrak ke pasukan di negeri kelahirannya itu.

Skuad Sang Penyu juga sudah tentu memahami perkara berkenaan, sekali gus meminta pemain sayap tersebut berada dalam sesi latihan untuk menyuntik semangat dan motivasi buat rakan sepasukan.

Di samping itu, kehadiran Safawi dalam sesi berkenaan akan meningkatkan lagi tahap intensiti, terutamanya buat benteng pertahanan dalam usaha menyekat gerakan serangan lawan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram