Kehadiran bintang warisan buka peluang pemain lokal tonjol prestasi terbaik — Safawi Rasid


  • Podium
  • Ahad, 12 Jan 2025

Safawi dan Manuel Ott mewakili Terengganu pada majlis jelajah trofi Piala Shopee di Sunway Velocity.

PEMAIN kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid berpendapat kehadiran pemain-bintang warisan dalam Harimau Malaya memberikan peluang buat pemain lokal untuk menunjukkan aksi yang lebih baik dalam saingan liga.

Pemain berusia 28 tahun itu melihat kehadiran bintang warisan baharu akan memberikan cabaran yang lebih sihat untuk terpilih ke skuad kebangsaan.

"Bagi saya itu adalah salah satu cabaran untuk pemain lokal, kita kena (bersaing) dengan persaingan yang sihat untuk bermain dalam skuad kebangsaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan pemain tumpuan, aksi lincah Katsuhito Kinoshi dalam derbi Lembah Klang pikat fans Selangor

BACA LAGI: [VIDEO] Tak puas hati jaringan lawan disahkan, satu stadium kejar pengadil liga bawahan Indonesia sampai bilik persalinan

"Tapi apa-apa keputusan pun perlu daripada ketua jurulatih jadi dalam liga kita berikan sehabis baik.

"Mungkin untuk prestasi kita dan kalau ada rezeki untuk skuad kebangsaan," katanya ditemui media pada majlis jelajah trofi Piala Shopee di Sunway Velocity Cheras pada Ahad.

Ditanya adakah kemasukan bintang warisan akan menghalang pemain-pemain muda untuk mewakili skuad kebangsaan, Safawi berasakan ia terpulang kepada jurulatih kerana tidak semua mempunyai kualiti yang sama.

"Bagi saya ada pemain-pemain lokal yang tidak bagus dan pemain warisan bagus. Tapi ada juga pemain warisan yang tidak bagus dan pemain lokal lebih bagus.

"Itu terpulang kepada jurulatih untuk membuat keputusan kepada pemilihan pemain," jelasnya.

WhatsApp Image 2025-01-12 at 5.34.10 PM (1)

Safawi ketika ditemui media pada majlis jelajah trofi Piala Shopee di Sunway Velocity.

Safawi menghadiri majlis jelajah trofi Piala Shopee di Sunway Velocity Cheras bersama-sama Manuel Ott bagi mewakili pasukan Terengganu FC.

Manakala pasukan Kuala Lumpur City FC pula diwakili oleh Brendan Gan dan Declan Lambert sekali gus memberikan peluang untuk peminat bertemu idola mereka secara dekat.

Selepas mengharungi tiga perlawanan Piala Shopee, KL City dan Terengganu perlu memastikan rentak masing-masing diteruskan dengan hanya dua aksi berbaki untuk layak ke pusingan kalah mati. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram