KEM Terengganu FC menerima khabar kurang gembira apabila difahamkan mesin gol Sang Penyu, Ivan Mamut tidak akan diturunkan aksi bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT).
Perkara tersebut disahkan oleh pengendali TFC, Badrul Afzan Razali yang enggan mengambil risiko menurunkan penyerang kelahiran Croatia itu untuk aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2024 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, Terengganu Jumaat ini.
Meskipun gembira melihat penyerang berusia 27 tahun itu semakin pulih, Badrul tidak akan mengambil risiko menurunkan tonggak utama Sang Penyu itu.
BACA LAGI: Usia sudah lanjut, 3 import Liga Super 'diperam' dalam skuad Piala MFL
BACA LAGI: KRW lantik Irfan Bakti sebagai jurulatih, ramai petik nama legenda termasuk Indra Putra ikut sama
"Ketua Jurulatih Terengganu, Badrul Afzan Razali sahkan Ivan Mamut tidak akan beraksi untuk perlawanan separuh akhir pertama bertemu JDT pada Jumaat," katanya di laman X.
Difahamkan, Mamut dijangka hanya kembali beraksi bersama skuad Peteh itu bermula pada Februari nanti.
"Ivan hanya dijangka akan kembali beraksi pada Februari," tambahnya lagi.
Penyerang berbisa Sang Penyu itu sebelum ini mengalami kecederaan tendon Achilles dan menjalani pemulihan selama hampir setahun.
Ketiadaan Mamut menyaksikan dua penyerang import, Ismaheel Akinade dan Nelson Bonilla bakal dipertimbang untuk diturunkan dalam kesebelasan utama Terengganu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram