Momentum Terbuka Malaysia diteruskan di India buat Goh-Shevon, mudah mara ke pusingan kedua


  • Podium
  • Rabu, 15 Jan 2025

Goh Soon Huat-Shevon Lai tiada masalah untuk ke pusingan kedua Terbuka India. — BAM

CERITA berbeza dilakar oleh dua pasangan beregu campuran negara dalam pusingan pertama di Terbuka India pada Rabu.

Pasangan utama negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai menepati ramalan apabila berjaya mara ke pusingan kedua selepas menewaskan beregu Indonesia, Rinov Rivaldy-Lisa Kusumawati dengan keputusan 21-17, 21-17.

Pilihan keempat kejohanan itu membawa momentum baik di Terbuka Malaysia tempoh hari dengan mudah menewaskan pasangan Indonesia tersebut menerusi kemenangan straight set.

BACA LAGI: Enggan terbawa emosi, Bin Shen mahu fokus bantu beregu negara capai keputusan cemerlang Terbuka Malaysia

BACA LAGI: Sudah kembali berlatih sepenuhnya, jurulatih harap Goh Jin Wei mampu lepasi cabaran awal Terbuka Malaysia

Cabaran sengit pada mulanya diberikan oleh Rivaldy-Kusumawati apabila mereka sering mengejar pasangan negara sehingga kedudukan menjadi 17-17.

Namun pecutan akhir dilakukan pasangan negara hingga mereka berjaya merangkul set pertama dalam masa 16 minit.

Set kedua menyaksikan persaingan serupa cuba ditonjolkan oleh pihak lawan namun Goh-Shevon tetap teguh dengan persembahan mereka hingga berjaya memastikan set kedua menjadi milik mereka dalam tempoh 20 minit.

Sementara satu lagi pasangan negara, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien tumpas kepada pasangan Jepun, Yuya Watanabe-Maya Taguchi dengan keputusan 17-21, 15-21.

Mereka berdepan kesukaran untuk memberikan saingan dengan gandingan Jepun itu tiada masalah menewaskan mereka dalam tempoh 36 minit.

Goh-Shevon akan bertemu Watanabe-Taguchi di pusingan kedua. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram