Prestasi seperti yo-yo, gandingan Aaron-Wooi Yik dicadang elok berpisah sebelum terlambat


  • Podium
  • Jumaat, 10 Jan 2025

Ada cakap-cakap mahu melihat gandingan Aaron-Wooi Yik dipisahkan. — BAM

GANDINGAN beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memulakan musim 2025 bagi Jelajah Dunia BWF dengan nota kurang menarik selepas tumpas di pusingan kedua Terbuka Malaysia.

Dia menyertai beberapa nama pemain utama negara seperti Goh Sze Fei-Nur Izzuddin dan Pearly Tan-M. Thinaah yang kecundang awal di depan penyokong sendiri.

Kekalahan tersebut menimbulkan kerisauan. Hal ini kerana, ia menambah satu lagi rekod kurang baik dimiliki pasangan negara pasca Sukan Olimpik 2024.

BACA LAGI: 'Comeback' Sze Fei-Izzuddin jadi motivasi beregu negara hadapi tentangan Jepun di Terbuka Malaysia

BACA LAGI: Terbuka Malaysia: Terikut-ikut rentak lawan, gagal baca ‘game’ antara asbab Pearly-Thinaah pulang awal

Sejak meraih gangsa di Sukan Olimpik 2024, gandingan Aaron-Wooi Yik tidak beraksi baik dengan hanya membawa satu kejuaraan iaitu Korea Masters selain tersingkir awal di Jelajah Dunia Akhir.

Ia menimbulkan pandangan yang gandingan itu perlu dipisahkan, terus relevan dan berdaya saing. Bagi sesetengah penyokong, sudah tiba masa untuk gandingan Aaron-Wooi Yik dipisahkan.

Dalam badminton, pertukaran pasangan itu adalah normal dengan pelbagai negara turut melakukannya untuk memastikan prestasi terjaga.

"Maaf cakap, lepas Sukan Olimpik, prestasi mereka seperti yo-yo, lebih baik pisahkan pasangan ini sebelum mereka berdua tiba-tiba tak ada feel nak main," kata penyokong bernama Nur Batrisyia.

"Setuju. Cuba gandingkan dengan orang lain pula, mana tahu nanti serasi dan menjadi. Banyak negara dah buat," ujar Shahrulnizam Madzlan.

"Dah boleh tukar pasangan dah macam Korea Selatan buat, semua ada pasangan baharu padu-padu. Pasangan ni dah lepas puncak mereka, main pun biasa-biasa," komen Nafi Jemaron pula. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram