
JURULATIH beregu lelaki negara, Tan Bin Shen mengetepikan emosinya buat masa Ini kerana mahu fokus membimbing pemain seperti Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk kejohanan terakhirnya dalam Terbuka Malaysia dari 7-12 Januari di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Bin Shen akan meninggalkan jawatannya sebagai ketua jurulatih beregu lelaki dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas kejohanan Terbuka Malaysia untuk menyertai Hong Kong dan berharap keputusan cemerlang akan diperolehi kepada salah seorang pemainnya.
Goh V Shem-Lim Khim Wah adalah pasangan beregu lelaki Malaysia yang terakhir memenangi kejohanan berkenaan apabila mereka muncul juara pada 2014.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Belajar hormat', pemain amatur badminton ditegur gara-gara perang psiko tak kena tempat
BACA LAGI: [VIDEO] Badminton nombor 2, adik Tze Yong tak terfikir mahu ikut langkah abang
Sebagai tugas terakhirnya itu, Bin Shen akan berusaha sehabis baik membantu Malaysia menamatkan penantian yang lama.
Selain pemain nombor enam dunia, Aaron-Wooi Yik, pasangan lain di bawahnya yang bersaing dalam kejohanan itu ialah Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang berada di ranking 14 dunia dan Yap Roy King-Wan Arif Wan Junaidi (nombor 23 dunia).
“Bukan sahaja harapan saya malah semua pemain saya juga mahu beraksi dengan baik di Terbuka Malaysia. Ini adalah kejohanan terakhir saya sebagai jurulatih di BAM dan saya mengharapkan yang terbaik. Saya masih mempunyai kerja untuk dilakukan buat masa ini dan apabila ia selesai, saya mungkin akan beremosi.
“Tetapi buat masa ini, fokus saya hanya pada pertandingan. Saya pasti Aaron-Wooi Yik, Wei Chong-Kai Wun dan Roy King-Arif akan bertempur habis-habisan. Kami akan melakukan yang terbaik dan berharap salah seorang daripada beregu itu boleh menang.” kata Bin Shen selepas menyelia sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam undian yang dikeluarkan pada Selasa, Aaron-Wooi Yik akan menentang pemain Amerika Syarikat (AS), Chen Zhi Yi-Presley Smith pada pusingan pertama manakala Wei Chong-Kai Wun akan bertemu pemain Jepun, Mitsuhashi-Hiroki Okamura dari Kenya.
Sementara itu, Roy King-Arif menghadapi halangan pembukaan yang lebih sukar menentang juara dunia 2023 Seo Seung-jae dan pasangan baharunya Kim Won-ho.
Beregu lelaki profesional negara turut beraksi untuk Malaysia ialah Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Tan Wee Kiong-Nur Mohd Azriyn Ayub.
Sze Fei-Izzuddin yang kini menguni tangga ketiga dunia akan menentang pemain Denmark, Daniel Lundgaard -Mads Vestergaard di pusingan pertama manakala Xie Haonan-Zeng Weihan dari China menghalang Wee Kiong-Azriyn, yang akan beraksi bersama dalam kejohanan itu buat kali pertama.
Pemain nombor 24 dunia, Yew Sin-Ee Yi berdepan tugas sukar menentang pemain yang berada di keduduk keempat dunia iaitu pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Rian Ardianto. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram