Tak boleh pulang jendela tutup, 'ubi' Selangor transit di Thailand, bakal sekelab rakan dari JDT?


  • Podium
  • Jumaat, 10 Jan 2025

Muhammad dijangka akan beraksi seketika di Thailand.

MASA depan bagi pemain Selangor FC, Muhammad Abu Khalil menjadi tanda tanya selepas tempoh pinjamannya bersama kelab Jepun, FC Osaka sudah tamat.

Hal ini kerana, Muhammad tidak boleh kembali semula ke Selangor akibat jendela perpindahan Liga Super yang sudah ditutup selepas dibuka dua kali.

Oleh itu, ke mana destinasi seterusnya untuk pemain muda Selangor itu? Sudah pasti, dia tidak boleh menyertai mana-mana kelab di Malaysia.

BACA LAGI: [VIDEO] Di bawah era RMS, ada 4 pemain import ‘scam’ penyokong Selangor FC

BACA LAGI: Turunkan 2 tonggak senior ibarat tak membantu, JDT II harapkan penalti ikat Selangor di Larkin

Dilaporkan, Muhammad dikatakan akan 'transit' sebentar di Thailand dengan destinasi dituju adalah Nakhon Pathom United yang beraksi di Thai League 1.

Menurut pemerhati bola sepak Thailand, Offeris Wichitchote, dia melaporkan pemain tersebut akan menyertai kelab itu sementara menanti jendela perpindahan Liga Super kembali dibuka.

Buat masa ini, Nakhon Pathom United berada di tempat kedua tercorot Thai League 1 dengan mengutip 9 mata selepas 15 perlawanan.

Jika benar perkhabaran ini, Muhammad akan menyertai pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu Fergus Tierney juga beraksi di pasukan tersebut.

Malah, kehadirannya akan menambah lagi bilangan pemain Malaysia yang beraksi di sana. Sebelum ini, pemain Terengganu FC iaitu Faiz Nasir yang menyertai sebuah pasukan futsal di sana.

Ia disebabkan tempoh pinjamannya bersama Kedah Darul Aman FC sudah selesai, tetapi tidak boleh pulang ke Terengganu akibat situasi serupa menimpa Muhammad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram