‘Nak tunggu main counter ke?’, taktikal KDN biarkan Kedah kuasai perlawanan buat fans naik angin


  • Podium
  • Jumaat, 10 Jan 2025

Kelantan Darul Naim dilihat bermain bertahan ketika bertemu Kedah. — Facebook/Kedah Darul Aman FC

KELANTAN Darul Naim FC bertemu Kedah Darul Aman FC dalam aksi Liga Super yang diadakan pada Jumaat di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Walaupun sebagai tuan rumah, namun KDN gagal memberikan penguasaan menyeluruh terhadap Kedah yang dilihat beraksi lebih baik.

Sang Kenari dilihat menguasai perlawanan dengan baik hinggakan mereka berjaya mendahului 1-0 hasil jaringan Fayadh Zulkifli pada minit ke-17.

BACA LAGI: Hilang 7 pemain tak mengapa, Kedah ada 3 'cara' boleh jinakkan Kijang Emas

BACA LAGI: 'Sangkut juga ke?' Perpindahan 'kereta kebal' KDN disebabkan isu gaji?

Usai ketinggalan, KDN cuba untuk meningkatkan serangan untuk memburu jaringan penyamaan. Namun usaha yang diterajui oleh Fazrul Amir tidak membuahkan hasil.

Mereka dilihat cuba bertahan dan bergantung harap kepada serangan balas pantas yang diketuai oleh pemain kebangsaan, Fazrul Amir.

Kekalahan tersebut membuatkan KDN terperosok jauh di zon bawahan Liga Super sementara Kedah, walaupun mengalami pelbagai masalah terus mendaki liga dan kini di tempat keenam.

Persembahan yang ditonjolkan KDN itu tidak disenangi oleh penyokong yang berasakan mereka tidak begitu mahu untuk menyerang ke kubu Kedah.

"Kedah kawal permainan, KDN tunggu masa nak counter attack saja ke macam mana ni?," soal penyokong yang dikenali sebagai SS. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram