Kedah sedia turun liga, Sri Pahang bakal tarik diri?


  • Podium
  • Rabu, 18 Dis 2024

Kedah dan Sri Pahang bakal tinggalkan Liga Super?

MASA depan dua kelab Liga Super menjadi tanda tanya dengan mereka dilaporkan tidak akan bertanding dalam saingan tersebut pada musim depan.

Dua kelab yang disebut-sebut akan meninggalkan Liga Super selepas tamat musim 2024/2025 adalah Kedah Darul Aman FC dan Sri Pahang FC.

Memetik laporan sumber kepada Majoriti, dua kelab tersebut dilaporkan bersedia untuk meninggalkan Liga Super dengan permohonan sudah dilakukan bagi menarik diri.

BACA LAGI: 'Kedah ada bos baharu?', 2 calon sesuai jika benar Daud Bakar tidak lagi bersama KDA

BACA LAGI: Sepakan penalti Bergson tewaskan Sri Pahang, 2 'midfield' lokal JDT dilabel 'penghancur game'

464512581_18467393776031124_1952867847719627777_n

Sri Pahang dilaporkan sudah menghantar permohonan menarik diri daripada Liga Super.

Kedah dilaporkan sudah menghantar surat permohonan untuk meninggalkan Liga Super dengan mereka merancang bersaing dalam saingan separuh profesional negara iaitu Liga A1 Semi-Pro di bawah kendalian Amateur Football League (AFL).

Sementara Sri Pahang pula dilaporkan sudah menghantar surat untuk menarik diri daripada Liga Super pada musim depan tetapi tidak dapat dipastikan status penyertaan mereka dalam mana-mana liga selepas ini.

Permohonan mereka untuk keluar dari Liga Super masih lagi menanti keputusan dengan saingan tertinggi negara berpotensi menjadi lebih kecil bilangan kelabnya berbanding jumlah semasa iaitu 13.

Faktor yang menyebabkan kedua-dua kelab itu bersedia untuk menarik diri adalah disebabkan kedudukan kewangan kelab yang meruncing hingga mereka sering terlibat dalam isu tunggakan gaji.

Kedah seperti yang diketahui ramai, mengalami masalah gaji begitu teruk hingga ada beberapa pemain meninggalkan kelab serta berlakunya tindakan boikot latihan oleh skuad Sang Kenari.

Sri Pahang pula merupakan beberapa kelab Liga Super lain yang turut mengalami masalah tunggakan gaji sama seperti Kedah.

Seandainya Kedah dan Sri Pahang benar-benar meninggalkan Liga Super, ia akan membuatkan persaingan lebih kecil dan kemeriahan semakin suram kerana kedua-dua kelab itu mempunyai pengikut yang ramai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram