PERTAHANAN kebangsaan Filipina, Jesper Nyholm telah meninggalkan Perak FC untuk mengembangkan karier bola sepaknya ke Thailand dengan menyertai PT Prachuap FC.
Perkara tersebut dikongsikan oleh pemerhati sukan tanah air, Karl Nunis yang mendedahkan bahawa bekas pertahanan skuad The Bos Gaurus (TBG) itu sah kembali mewarnai Liga 1 Thailand.
"Bekas pertahanan Perak FC, Jesper kembali mewarnai Liga 1 Thailand selepas melengkapkan berpindah ke PT Prachuap," katanya di laman X.
BACA LAGI: Baru keluar Kedah, Cleylton sudah dipinang Kim Swee dan 1 lagi kelab Indonesia
BACA LAGI: Atasi saingan pasukan elit, perjalanan Selangor Pistons tak mudah
Jesper Nyholm sah sertai PT Prachuap FC.
Nyholm sebelum ini pernah menabur bakti di bumi Thailand dengan membantu memperkuatkan benteng Muangthong United pada musim 2022/2023.
Susulan pengumuman itu, tiga kelab Liga Malaysia (Liga M) pastinya kecewa kerana terlepas peluang untuk mendapatkan khidmat Nyholm.
Tiga kelab tersebut termasuklah Sri Pahang FC, Penang FC dan Kuching City FC yang sebelum ini dikhabarkan berpeluang untuk mendapatkan khidmatnya bagi membantu benteng pertahanan masing-masing.
Nyholm yang tiba di Perak pada pertengahan musim 2023 mengambil keputusan untuk menamatkan kontraknya yang berakhir pada 31 Disember 2024.
Perlawanan Perak FC menentang Sri Pahang FC ketika suku akhir kedua Piala Malaysia pada 22 Disember lalu merupakan aksi terakhir Nyholm bersama kelab. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram