PARA penyokong dua wakil negara di Piala Shopee, Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC berpeluang untuk bertemu bintang kesayangan mereka secara langsung pada Ahad ini.
Hal ini kerana, beberapa nama daripada dua kelab itu akan hadir dalam siri jelajah Piala Shopee yang akan singgah di hentian terakhir dekat Sunway Velocity, Kuala Lumpur bermula 11 pagi hingga 5 petang.
Dalam pertemuan itu, pemain-pemain seperti Safawi Rasid, Manny Ott dan Declan Lambert akan membuat kemunculan sekitar 3 hingga 4 petang.
BACA LAGI: Belum boleh beraksi buat Terengganu, Faiz Nasir pilih kelab futsal Thailand lepas tinggalkan Kedah
BACA LAGI: Pengumuman CEO HM semakin hampir, ramai teka bos KL City, legenda JDT bakal isi jawatan
Manny Ott turut akan melakukan kemunculan. — Facebook/Terengganu FC
"Wakil Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC akan mewarnai jelajah trofi di Vanity Atrium di Sunway Velocity Mall pada Ahad 12 Januari 2025, dengan majlis bermula pukul 11 pagi dan berakhir pada jam 5 petang.
"Pemain berstatus bintang, Safawi Rasid, Manny Ott dan Declan Lambert dijadual hadir dari jam 3 hingga 4 petang," kata Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) dalam satu kenyataan.
Jelajah Piala Shopee sebelum itu melakukan persinggahan di Singapura terlebih dahulu pada Sabtu sebelum menyeberangi Tambak Johor untuk tiba di Kuala Lumpur.
Ia merupakan sebagai sebahagian daripada aktiviti promosi oleh AFF bersempena kejohanan antara kelab-kelab Asia Tenggara itu yang menampilkan 10 kelab.
Minggu ini, Terengganu bertemu Shan United pada Rabu dalam pertemuan kumpulan A sementara KL City berdepan Lion City Sailors untuk aksi kumpulan B. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram