Terbuka Malaysia: Hari malang Jin Wei, kejang perut lepas tewas kepada pemain India


  • Podium
  • Rabu, 08 Jan 2025

Jin Wei perlu menerima bantuan pihak perubatan selepas kecederaan dialaminya itu.

SATU hari mengecewakan dialami pemain badminton wanita negara, Goh Jin Wei apabila tersingkir awal daripada saingan Terbuka Malaysia selepas tewas kepada pemain India, Malvika Bansod.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada Rabu, jaguh wanita itu mengalami kekalahan pada set pertama 15-21 yang sememangnya mengecewakan penyokong sendiri.

Harapan untuk bangkit pada set kedua bagaimanapun tidak kesampaian selepas pemain yang berada di kedudukan ke-42 dunia itu sekali lagi ditundukkan dengan skor 16-21.

BACA LAGI: Lepas Terbuka Malaysia, Zii Jia sah tarik diri kejohanan di India, Indonesia

BACA LAGI: Terbuka Malaysia: Terikut-ikut rentak lawan, gagal baca ‘game’ antara asbab Pearly-Thinaah pulang awal

Malaysia’s Goh Jin Wei react during women’s single match at the Malaysia Open 2025 at Axiata Arena Bukit Jalil. — FAIHAN GHANI/The Star

Jin Wei pasti berasa kecewa selepas disingkirkan di pusingan awal.

Lebih mengecewakan lagi, episod duka dialami Jin Wei di 'laman sendiri' disusuli dengan kecederaan apabila dia dilaporkan mengalami kekejangan perut dan kesesakan nafas selepas perlawanan.

Situasi itu mendesak atlet berusia 24 tahun tersebut untuk menerima rawatan daripada pihak perubatan dengan keadaannya kini masih belum dipastikan sama ada perlu diberikan rawatan lanjut atau tidak.

Penyingkiran awal itu sudah tentu mengecewakan Jin Wei yang layak ke pusingan kedua tahun lalu, namun disingkirkan kepada pemain nombor satu dunia, An Se-young dari Korea Selatan.

Malvika yang merupakan pemain di kedudukan ke-31 dunia itu akan berdepan Yu Po Pai dari Taiwan atau pemain China, Yue Han di pusingan kedua selepas ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram