PEMAIN perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Terbuka Malaysia selepas tewas pusingan pertama pada Selasa.
Turun berdepan pemain China, Lu Guang Zu pada aksi sebelah petang, Jun Hao yang didukung oleh sokongan padu warga tempatan bagaimana pun tumpas dalam penentuan tiga set.
Jun Hao tewas 17-21, 21-16, 13-21 dalam tempoh 79 minit dengan pemain ranking 29 dunia itu menampilkan semangat juang tinggi terutamanya pada set kedua.
BACA LAGI: Lepas Terbuka Malaysia, Zii Jia sah tarik diri kejohanan di India, Indonesia
BACA LAGI: Terbuka Malaysia bermula meriah walaupun kurang seri tanpa kehadiran Lee Zii Jia
Set pertama menyaksikan Jun Hao cuba memberikan saingan sengit kepada Guang Zu dengan persembahan pemain itu hampir saja membawa permainan menuju ke deuce.
Persembahan lebih menyakinkan ditampilkan oleh Jun Hao apabila dia menguasai baik set kedua dengan pada satu ketika mendahului jauh Guang Zu.
Namun, pemain China itu cuba untuk mengejar tetapi Jun Hao bergaya memastikan set kedua berada dalam genggaman sekali gus membawa permainan ke set penentuan.
Di set penentuan, segalanya mula tidak menjadi buat Jun Hao apabila dia mula kelihatan keletihan dan Guang Zu mula mengambil kesempatan di atas situasi tersebut.
Ia membantu Guang Zu untuk tampil menguasai set penentuan sekali gus berjaya menewaskan Jun Hao untuk ke pusingan seterusnya. — The Star/R. KIRUBASHINI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram