Terbuka Malaysia: Goh Soon Huat-Shevon Lai mula langkah kanan, menang 'straight set' benam pasangan AS


  • Podium
  • Rabu, 08 Jan 2025

Pasangan Soon Huat-Shevon mudah untuk ke pusingan seterusnya Terbuka Malaysia. — BAM

SELEPAS permulaan hambar dalam kalangan wakil negara pada hari pertama Terbuka Malaysia, rentak lebih baik dihasilkan semasa hari kedua dengan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai berjaya meraih kemenangan.

Bertemu wakil Amerika Syarikat, Presley Smith-Jennie Gai di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Rabu, gandingan negara berjaya mara dengan meraih kemenangan straight set 21-15, 21-19 dalam tempoh 36 minit.

Kemenangan itu membolehkan pasangan pilihan keempat kejohanan itu bertemu antara dua pasangan India iaitu Sathish Kumar Karunakaran-Aadya Variyath atau Ashith Surya-Amrutha Pramuthesh yang bertemu sesama sendiri di pusingan seterusnya.

BACA LAGI: Bumbung bocor, aksi Terbuka Malaysia tertangguh seketika

BACA LAGI: Terbuka Malaysia bermula meriah walaupun kurang seri tanpa kehadiran Lee Zii Jia

_POL7899

Kemenangan mudah diraih Soon Huat-Shevon di pusingan awal Terbuka Malaysia. — BAM

Set pertama dilihat lebih direct buat pasangan negara apabila mereka berjaya Soon Huat-Shevon mudah menjinakkan cabaran Smith-Gai dalam tempoh masa 16 minit.

Namun begitu, pasangan Amerika Syarikat itu dilihat memperkemas permainan mereka dan berjaya mengejar gandingan negara sehingga kedudukan menjadi 20-19.

Tetapi, Soon Huat-Shevon tidak gementar dengan cabaran itu apabila mereka berjaya memastikan mata perlawanan yang dipegang berjaya diterjemah menjadi kejayaan sekali gus mengesahkan tempat di pusingan seterusnya.

Kemenangan itu membolehkan Soon Huat-Shevon mengiringi satu lagi pasangan campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei ke pusingan seterusnya sekali gus menambah bilangan wakil negara pada pusingan kedua kepada empat.

Pada Selasa, majoriti wakil negara tumbang awal dengan Leong Jun Hao, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin dan Pearly Tan-M. Thinaah antara yang mengucapkan selamat tinggal kepada Axiata Arena. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram