NAMA Johor Darul Ta'zim (JDT) sering saja dikaitkan dengan pemain-pemain import berkelas tinggi dan pernah mempunyai rekod bermain di peringkat tinggi.
Baru-baru ini, JDT terus dikaitkan dengan pemain import berkelas tinggi yang dijangka akan menyertai kelab itu pada musim hadapan.
Harimau Selatan dikaitkan dengan pemain Sepanyol iaitu Jonathan Viera yang mempunyai pengalaman beraksi di LaLiga bersama-sama kelab seperti Valencia, Osasuna dan Las Palmas.
BACA LAGI: Turunkan 2 tonggak senior ibarat tak membantu, JDT II harapkan penalti ikat Selangor di Larkin
BACA LAGI: JDT tunggu masa sambar bintang Paraguay, 'offer' gaji cecah RM11.2 juta setahun
Viera dijangka akan menyertai bekas rakan sepasukannya iaitu Jese Rodriguez yang pernah beraksi bersama-sama ketika bermain di Las Palmas.
Ketika ini, Viera tidak mempunyai sebarang kelab selepas dilepaskan oleh pasukan dari Emeriah Arab Bersatu iaitu Khor Fakkan. Dengan tanpa kelab, JDT tidak perlu membayar sebarang yuran perpindahan untuk mendapatkannya.
Viera (kanan) pernah beraksi di beberapa buah kelab LaLiga. — Agensi
Namun begitu, seandainya benar Viera menyertai JDT, ia seolah-olah mengulangi sejarah lalu apabila mereka sering mendapatkan pemain import yang sudah 'tua' untuk beraksi.
Hal ini kerana, Viera sudah berusia 35 tahun. Jika menyertai JDT, dia sekadar mempunyai dua, tiga tahun untuk beraksi sebelum bersara.
Sebelum ini, JDT pernah mendapatkan pemain import yang sudah berada di penghujung kariernya seperti Dani Guiza dan Simone Del Nero dan walaupun mereka memberikan impak, namun ia tidak lama.
Bagi penyokong JDT, berbanding mereka menghabiskan wang dengan mendapatkan bintang import yang sudah tua, lebih baik ia digunakan dengan mencari bintang lebih muda dan hebat.
"Yang muda dipinjamkan keluar, lepas tu dapatkan pemain berusia 35 tahun. Kalau nama besar tak apa juga, JDT ni dah tahap lain, patut boleh sasarkan pemain luar yang lagi padu," kata penyokong bernama Ammar Fahmi.
Selain daripada Viera, JDT turut dilaporkan mengejar pemain import berusia 32 tahun yang mempunyai pengalaman beraksi bersama skuad kebangsaan Paraguay iaitu Oscar Romero. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram