Peluang terhad bukan masalah, ubi Selangor tersenarai 6 AFC 'stars-to-watch'


  • Podium
  • Rabu, 01 Jan 2025

Skuad Gergasi Merah dibarisi lambakan pemain import dengan sebahagian daripada mereka dibawa dari rantau Asia. — Facebook/Selangor FC

KEPUTUSAN Selangor FC membawa masuk pemain kebangsaan Jordan, Mohammad Abualnadi pada jendela perpindahan kedua lalu menceritakan perancangan rapi pasukan berkenaan untuk bersaing dalam kempen Liga Super selain masih bersaing dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) Two ketika itu.

Namun, setakat kira-kira lima bulan di kelab Lembah Klang tersebut, pemain berusia 23 tahun terbabit masih sukar menembusi kesebelasan utama meskipun boleh beraksi sebagai bek kiri mahupun bek tengah.

Ini kerana pengendali ketika ini, Katsuhito Kinoshi lebih memberikan kepercayaan kepada Zikri Khalili di bahagian sayap sementara gandingan Safuwan Baharudin dan Harith Haiqal merupakan pendekatan utamanya.

BACA LAGI: Teruja Abualnadi ke Selangor, bakal pemain warisan tertarik sarung jersi Merah Kuning?

BACA LAGI: [VIDEO] Baru masuk Selangor, ramai mula samakan Abualnadi dengan bekas bek Lubnan

ACL nights   +3

Abualnadi hanya merekodkan lapan penampilan buat skuad Gergasi Merah setakat ini. Facebook/Selangor FC

Kesukaran meraih minit permainan kerap menyaksikan Abualnadi hanya merekodkan lapan penampilan buat skuad Gergasi Merah setakat ini dengan lima daripadanya menyaksikannya berada dalam kesebelasan utama.

Bagaimanapun, peluang terhad tersebut tidak menghalang pemain berkenaan daripada terus menempa nama di peringkat antarabangsa kerana baru-baru ini, namanya tersenarai dalam kalangan enam pemain meningkat naik keluaran FIFA.

Dalam artikel diterbitkan pada Jumaat lepas, pemain Selangor FC itu diangkat kerana mempunyai masa depan cerah bagi membantu negaranya menjadi sebuah pasukan digeruni di Asia.

"Dengan Jordan berada dalam prestasi memberangsangkan, Abualnadi kini mula dilabel sebagai antara pemain yang boleh menjadi tonggak pasukan bagi tahun-tahun mendatang.

Abualnadi-Jordan-Jordan-FA

Abualandi sudah diberi kepercayaan untuk berada dalam skuad kebangsaan Jordan. Agensi

"Dia mempamerkan konsistensi dan nilai kepimpinan selepas menerima panggilan pertama buat Jordan ketika berdepan Korea Utara pada 27 Ogos lalu dengan kualiti berkenaan dijangka diteruskan sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia," katanya.

Ketika menyertai skuad Gergasi Merah pada Ogos, penyokong Selangor FC beranggapan keputusan itu diambil memandangkan terdapat tiga lagi rakan senegaranya yang beraksi buat kelab berkenaan.

Mereka merupakan Ali Olwan, Noor Al-Rawabdeh serta Reziq Bani Hani yang secara mengejut meninggalkan kelab Liga Super itu untuk kembali ke Timur Tengah dan menyertai Al Hussain SC.

Sekiranya Abualnadi terus disisihkan Kinoshi sepanjang baki kempen Liga Super, terdapat kemungkinan besar kontraknya tidak akan disambung, sekali gus mendesak mereka sekali lagi melakukan rombakan barisan pertahanan pada musim-musim akan datang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram