[VIDEO] Baru masuk Selangor, ramai mula samakan Abualnadi dengan bekas bek Lubnan


  • Podium
  • Khamis, 26 Sep 2024

Abualnadi pasti diharapkan dapat mengukuhkan lagi benteng pertahanan skuad Gergasi Merah. — Facebook/Selangor FC

SELANGOR FC terus diperkukuhkan dengan kemasukan pemain baharu dalam barisan pertahanan apabila bek kiri Bawah 23 Tahun (B-23) Jordan, Mohammad Abualnadi diumumkan sebagai rekrut terbaru mereka.

Meskipun masih muda, pemain berkenaan memiliki pengalaman cukup luas dalam kariernya kerana pernah beraksi dalam beberapa kelab di Timur Tengah serta Amerika Syarikat.

Kehadirannya ke skuad Gergasi Merah itu dilihat akan menjadi aset pasukan tersebut dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

BACA LAGI: Anak jati Kedah hampir pasti tinggalkan Pantai Timur, kembali ke pangkal jalan

BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya bangga dengan Feroz dan Ramadhan,' tonggak kelab amatur cari motivasi daripada duo JDT demi kembali ke Liga Super

Perkara tersebut dikongsikan oleh pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil yang percaya keupayaan pemain Jordan itu beraksi di pelbagai posisi di sebelah kiri bakal membantu Gergasi Merah dalam berdepan kempen Kumpulan H ACL2.

Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong Merah Kuning menyambut baik kehadiran pemain berketinggian 1.85 meter itu.

Ada juga yang berharap agar pemain pertahanan berusia 23 tahun mengikut jejak bekas import Gergasi Merah kelahiran Lubnan, Ramez Jamal Dayoub.

"Harap dapat jadi macma Ramez Dayoub versi 2, teringat pula Liga Super musim 2013, elok-elok sudah boleh jadi calon juara Liga Super 2013, lepas Ramez kena gantung FIFA terus prestasi merudum," kata Shahdan Sukor.

"Sudah lama kita tiada defend sekeras dan padu macam Ramez Dayoub, mungkinkah ada pengganti dan pemain tersebut adalah Abualnadi? ," kata Herman Tino.

Kemasukannya pasti membawa kegembiraan buat penyokong Selangor FC memandangkan posisi pertahanan sayap kiri cukup rapuh dengan Fazly Mazlan serta Ahmad Zikri Khalili bukanlah pilihan terbaik.

Abualnadi menjadi pemain import terbaru Selangor untuk musim 2024/25 selepas Ali Olwan, Ronnie Fernandez, Yohandry Orozco, Umarbek Eshmurodov, Alvin Fortes, Noor Al-Rawabdeh dan kapten, Safuwan Baharudin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram