Wisma Putra sahkan 2 rakyat Malaysia terlibat nahas di Norway selamat, sihat


  • Primer
  • Selasa, 31 Dis 2024

Kemalangan bas di Norway mengorbankan tiga nyawa sementara mereka yang lain mengalami kecederaan. — Agensi

DUA rakyat Malaysia yang terbabit dalam kemalangan bas berhampiran Tasik Asvanet, Norway kini berada dalam keadaan selamat dan sihat, seperti mana dilaporkan Kementerian Luar pada Selasa.

Menerusi satu kenyataan media Wisma Putra, kedua-dua rakyat Malaysia itu dikategorikan sebagai kes tanpa kecederaan dan telah meneruskan perjalanan mereka di negara terbabit.

“Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm, dengan sukacitanya mengesahkan bahawa Kedutaan telah berjaya menghubungi dua warganegara Malaysia yang terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Tasik Åsvatnet, Norway pada Khamis lalu.

BACA LAGI: Nahas bas terbalik masuk tasik Norway: 4 rakyat Malaysia selamat, cedera ringan — Wisma Putra

BACA LAGI: Rakyat Malaysia antara mangsa terbabit nahas bas terbabas masuk tasik, ragut 3 nyawa di Norway

download (3)

Keadaan bas yang terlibat dalam kemalangan berhampiran Tasik Asvanet, Norway. — Agensi

“Kedua-dua individu tersebut mengalami kecederaan ringan, dikategorikan sebagai kes ‘tanpa kecederaan’ oleh pihak berkuasa Norway, dan berada dalam keadaan sihat. Mereka juga sudah meneruskan perjalanan di Norway tanpa sebarang komplikasi lanjut,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, Wisma Putra turut memaklumkan laporan awal yang menyatakan empat rakyat Malaysia terlibat dalam insiden itu hanya disebabkan salah faham.

“Kementerian ini juga ingin menjelaskan bahawa laporan awal yang menyatakan terdapat empat orang rakyat Malaysia yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah disebabkan salah faham, kerana dua lagi warganegara Malaysia kebetulan berada di hotel yang sama.

“Kedua-dua warganegara ini disahkan tidak terlibat dalam insiden berkenaan,” jelas Wisma Putra lagi.

Mewakili Kerajaan Malaysia, Wisma Putra turut menzahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa Norway atas tindakan pantas dan bantuan yang diberikan kepada mangsa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram