[VIDEO] 'Mungkin hentam divider', penunggang motor hilang kepala kemalangan di Highway Senai


  • Tular
  • Sabtu, 28 Dis 2024

Tangkap layar rakaman kemalangan maut yang berlaku di Lebuhraya Senai pada Jumaat. 

SEORANG penunggang motosikal ditemukan maut dalam keadaan mengerikan dengan kepala terputus selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Senai, Senai, Johor pada Jumaat.

Menerusi video berdurasi 15 minit yang dimuat naik oleh pengguna X, update11111, menyaksikan badan mangsa tanpa identiti itu terpisah dengan kepalanya menyebabkan individu tersebut maut di tempat kejadian.

"Kepala tanggal, kemalangan motor di highway Senai, Johor," kata individu yang merakam kejadian ngeri berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Bot berlanggar punca pergaduhan, polis siasat 2 individu 'bergusti' di jeti Semporna

BACA LAGI: Polis terima laporan penemuan baharu bangkai kucing, anjing di UM

isi dalam dalam

Tangkap layar hantaran dari update11111.

Melihat video di tempat kejadian, motosikal yang ditunggangi mangsa sudah berada di laluan belah kanan dengan kepala individu itu pula terpelanting dan bergolek hingga berada di tengah jalan.

Beberapa warganet mendakwa insiden berlaku disebabkan mangsa terlanggar pembahagi jalan.

"Salam takziah, macam punca hentam divider sahaja, divider di Malaysia ini macam pisau tajam dia bila hentam laju," kata Jimbit46.

"Ya ALLAH, salam takziah kepada keluarga," ujar Aiman40516.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang Jumaat berhampiran KM29.3, menghala ke Tol Senai Utara Johor.

“Siasatan awal mendapati kemalangan itu membabitkan motosikal ditunggang lelaki berusia 30-an.

“Penunggang motosikal dipercayai melencong bagi mengelak sebuah lori yang tidak dikenali melintas di laluan kanan.

“Tindakan itu menyebabkan penunggang hilang kawalan dan merempuh besi pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Susulan kejadian itu, pemandu lori melarikan diri dan kini diburu polis bagi membantu siasatan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di Kulai untuk bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat lanjut segera menghubungi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram