Terkandas banjir, 4 calon SPM sanggup redah naik bot bomba ke sekolah di Beluran


  • Massa
  • Selasa, 31 Dis 2024

Kesemua pelajar terbabit dibantu oleh JBPM Sabah untuk ke sekolah dengan menaiki bot. — JBPM Sabah

SERAMAI enam pelajar termasuk empat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa ke sekolah menaiki bot selepas laluan di kampung mereka di Beluran, Sabah dilanda banjir pada Selasa.

Susulan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah memaklumkan bahawa empat daripada mereka sedang menduduki SPM.

JBPM Sabah dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian di Kampung Memanjang, Ladang Ah San Beluran pukul 7.29 pagi.

BACA LAGI: Tiada bantahan pendakwaraya, Vivy dan suami berjaya dapat pasport sementara tunai umrah

BACA LAGI: Dulu harum manis kini durian, Duriotourism Mardi Kuala Kangsar beri peluang pengunjung nikmati 'Raja Buah'

471979164_998634885618115_992511630014486125_n

Empat daripada mereka merupakan calon SPM. — JBPM Sabah

Beberapa anggota kemudiannya tiba di kampung pukul 8.32 pagi dan membawa kesemua pelajar terbabit ke sekolah dengan menaiki bot.

Katanya, tiada insiden lain atau kemalangan jiwa dilaporkan ketika kejadian.

Situasi itu secara tidak langsung menunjukkan semangat pelajar terbabit yang tidak mudah luntur untuk menimba ilmu walaupun terpaksa berdepan dengan halangan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram