Kinoshi buktikan Selangor mampu dapat ‘result’ turunkan ramai bintang muda


  • Podium
  • Sabtu, 28 Dis 2024

Para pemain muda Selangor beraksi baik sejak Kinoshi mengambil alih pasukan. — Facebook/Selangor FC

PENGENDALI Selangor FC, Katsuhito Kinoshi amat gembira dengan hasil yang diterimanya apabila sering menurunkan pemain muda sejak menggantikan Nidzam Jamil.

Sejak menyertai Selangor pada November, Kinoshi berjaya menstabilkan corak permainan Selangor dengan menjadikan pemain muda sebagai tunjang kepada pasukan Merah Kuning.

Walaupun pada mulanya Kinoshi tewas dua perlawanan, tetapi jurulatih dari Jepun itu kemudiannya menghasilkan lima kemenangan berturut buat Gergasi Merah.

BACA LAGI: Umarbek tinggalkan Selangor, peluang cerah buat Kinoshi contohi stail Terengganu FC

BACA LAGI: [VIDEO] Selangor FC rugi lagi, Ayron tak perlu masa lama belanja aksi mantap

470942651_18473074708006712_8851923509952816087_n

Katsuhito Kinoshi.

Melihat kepada situasi tersebut, Kinoshi berpuas hati apabila strateginya menurunkan pemain muda membuahkan hasil buat Selangor.

Ia bukan saja memberikan kemenangan, tetapi secara tidak langsung mengatakan kepada semua pihak yang Selangor mempunyai skuad besar dan depth yang mencukupi bagi mengharungi musim 2024/2025.

"Sejak saya datang ke sini, saya sudah guna hampir kesemua pemain (dari skuad senior) dan beberapa dari skuad bawah 23 (B-23) tahun. Ini adalah pembangunan yang sangat penting.

"Dengan pasukan berdepan banyak perlawanan pada bulan ini, saya berikan mereka masa rehat sebelum kembali berlatih pada Januari," katanya.

Sebagai rekod, Kinoshi menurunkan pemain-pemain muda yang sudah sedia ada dalam skuad senior seperti Mukhairi Ajmal, Zikri Khalili, Syahir Bashah dan pemain import, Mohamad Abualnadi serta ramai lagi.

Selain itu, dia turun menurunkan pemain dari skuad B-23 Gergasi Merah iaitu Harry Danish Haizon dan Haykal Danish Haizon.

Kemampuan pemain-pemain muda Selangor untuk menyahut cabaran Kinoshi sedikit sebanyak membantu meringankan beban kelab yang kehilangan beberapa bintang senior.

Pemain seperti Ali Olwan dan Nikola Jambor antara yang tersisih sementara Safuwan Baharuddin masih bersama skuad Singapura di Piala Asean.

Malah, Selangor turut kehilangan Noor Al-Rawabdeh untuk baki musim ini akibat kecederaan lutut. — The Star/T. AVINESHWARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram