Mungkin tak setajam dulu, kepulangan semula Ivan Mamut tidak perlu dibebani harapan tinggi


  • Podium
  • Sabtu, 28 Dis 2024

Ivan Mamut sedia diturunkan semula oleh Terengganu. — Facebook/Terengganu FC

TERENGGANU FC boleh menarik nafas lega apabila ayam tambatan mereka, Ivan Mamut akan kembali semula ke skuad kelab itu.

Sebelum itu, Mamut terlepas permulaan musim 2024/2025 selepas mengalami kecederaan serius yang merencatkan musim Terengganu.

Kini dia dijangka kembali pada separuh masa kedua musim, dan ia amat disambut baik oleh kelab Pantai Timur itu yang masih mempunyai tugasan Piala Malaysia, Piala Shopee dan semestinya, Liga Super.

BACA LAGI: Legenda Terengganu yakin Sang Penyu buat permohonan turunkan Safawi, Akhyar berdepan JDT

BACA LAGI: Akram beri peringatan, kelebihan 2 gol bukan tiket Terengganu pandang mudah NSFC

2673846

Ketajaman Ivan Mamut dirindui penyokong Terengganu. — Facebook/Terengganu FC

Dengan kembalinya Mamut, ia akan memberikan kekuatan tambahan buat Terengganu untuk mengharungi beberapa aksi penting terutamanya berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam separuh akhir Piala Malaysia.

Januari akan menjadi bulan penting buat Terengganu apabila mereka akan bertemu JDT serta Shan United serta PSM Makassar dalam aksi Asia Tenggara.

Namun begitu, di saat kembalinya Mamut memberikan sinar kepada Terengganu, ia mungkin diiring kekecewaan dek kerana prestasinya.

Kecederaan panjang yang dialami oleh Mamut pastinya mengganggu prestasinya. Sudah pasti, penyerang itu memerlukan sedikit masa untuk dapatkan rentak sebelum kembali menggegar.

“Tak usah berharap sangatlah, kawan tu dah lama tumpul,” kata penyokong bernama Fakhrul Yen.

“Tak ada impak mana rasanya. Nak sesuaikan dan serasi bukan mudah tambah lagi kalau stamina tak cukup. Berkarat balik lama tak beraksi,” ujar Ismail Abdullah.

Walaupun tidak yakin Mamut akan memberikan impak segera. Tetapi sudah pasti, penyokong Terengganu amat berharap pemain itu akan cukup ‘panas’ apabila berdepan JDT kelak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram