
SATU lagi kekalahan dicatatkan oleh Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mereka tumbang 0-2 kepada Newcastle United di Old Trafford pada Isnin.
Kekalahan itu meletakkan United kini di tangga ke-14 liga dengan 22 mata dan dipisahkan dengan tujuh mata daripada zon penyingkiran.
Melihat jarak yang begitu dekat dengan kedudukan tiga terbawah, pengendali United, Ruben Amorim tidak menolak kemungkinan kelabnya berpotensi untuk jatuh ke liga bawahan.
BACA LAGI: Man United buru bintang sasaran Amorim, pernah direkomen Bruno Fernandes bertahun sudah
BACA LAGI: Cristiano Ronaldo yakin Ruben Amorim mampu bangkitkan semula Man United
"Kelab kami perlukan kejutan dan saya memahami perkara itu. Sebab itu saya bercakap mengenai penyingkiran. Adalah kemungkinan jelas yang kami perlu berjuang.
"Ia adalah satu detik yang amat sukar, satu daripada detik-detik sukar dalam sejarah Manchester United dan kami perlu berlaku jujur dan jelas mengenainya, kami perlu berjuang pada perlawanan seterusnya," ujarnya.
Amorim mengaku United berada dalam pertarungan untuk kekal di EPL. — Agensi
Selepas Newcastle, United akan memulakan tahun baharu dengan dua aksi getir apabila mereka berkunjung ke Anfield untuk bertemu Liverpool pada 6 Januari bagi tugasan liga sebelum menentang Arsenal semasa 12 Januari depan dalam pertarungan Piala FA Inggeris.
Bagi Amorim, kemungkinan untuk berdepan penyingkiran itu tidak akan berlaku sekiranya United menjual pemain-pemain tertentu pada jendela perpindahan Januari kelak.
Beberapa nama seperti Casemiro, Antony, Christian Eriksen dan Marcus Rashford merupakan pemain dikehendaki United untuk disingkirkan secara tetap daripada kelab.
"Kami tidak akan ada kemungkinan tersebut sekiranya kami menjual beberapa pemain pada Januari. Anda sendiri tahu situasi saya bagaimana, saya tiba di sini dan tidak boleh berbelanja untuk mengubah pasukan," ulasnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram