KERESAHAN jelas terpancar pada penyokong Liverpool apabila perbincangan kontrak bersama bintang-bintang seperti Mohamed Salah, Trent Alexander-Arnold dan Virgil van Dijk tidak memberikan sebarang petanda positif.
Sebelum ini, Salah menjelaskan yang perbincangan kontraknya dengan Liverpool disifatkan sebagai masih lagi jauh.
Malah, perkara sama boleh dikatakan dengan Alexander-Arnold dengan pemain itu dilaporkan turut semakin jauh daripada Liverpool.
BACA LAGI: Salah ikut pesan Haaland, terus 'stay humble' lepas bantu Liverpool kalahkan Leicester
BACA LAGI: Lepas Diogo Jota, bintang Belanda optimis Salah tak salah 'cop mati' bersama Liverpool
Menurut laporan di England, Alexander-Arnold dikatakan sudah bersedia untuk meninggalkan Liverpool dan menyertai Real Madrid.
Pemain pertahanan kanan itu dikatakan sudah bersetuju untuk menyertai Real dan hanya menantikan detik 1 Januari bagi mengesahkan perpindahan tersebut secara percuma.
Proses perjanjian antara Alexander-Arnold dengan Real dikatakan "hampir selesai" dengan pemain itu cuma menunggu masa menurunkan tandatangan pada kontrak bersama kelab Sepanyol itu apabila dia sudah boleh bercakap dengan mana-mana kelab bagi mengikat kontrak bermula tahun baharu.
Pertahanan kanan England itu dilihat sebagai pengganti jangka masa panjang buat Dani Carvajal yang mengalami kecederaan serta semakin meningkat usianya.
Hingga kini, Liverpool masih belum memberikan sebarang perkembangan mengenai masa depan tiga pemain tersebut walaupun mereka berterusan menghasilkan persembahan cemerlang untuk menerajui Liga Perdana Inggeris (EPL). — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram