PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pertama Harimau Malaya pada pagi Selasa.
Perkara itu dikongsikan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi satu ciapan di laman X (Twitter) pada awal pagi Selasa.
"CEO pasukan kebangsaan akan diumumkan pagi ini (Selasa) oleh FAM," titah baginda yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT).
BACA LAGI: 'Bukan doktor yang tiada pencapaian', TMJ beri nafas baharu dalam sistem perubatan Harimau Malaya
National Team CEO will be announce this morning by FAM.
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) December 30, 2024
Tunku Ismail sebelum ini mendedahkan bayangan mengenai individu yang akan menyandang jawatan CEO tersebut, sekali gus menggalas peranan khas untuk menerajui skuad kebangsaan.
Baginda bertitah, CEO pasukan kebangsaan Malaysia mestilah seorang yang memahami bola sepak dan mengetahui selok-belok sukan itu secara profesional agar dapat menghubungkan aspek teknikal, komersial dan hubungan interpersonal dalam bola sepak.
FAM bakal mengumumkan CEO pertama Harimau Malaya pada pagi Selasa. — Facebook/FAM
"Beliau juga perlu mempunyai rangkaian yang kukuh dalam industri bola sepak dengan hubungan erat bersama individu-individu yang berjaya dalam sukan ini bagi merangka hala tuju Harimau Malaya.
“Selain itu, beliau mestilah seorang yang bukan sahaja pernah bermain di peringkat tertinggi, tetapi juga seorang usahawan yang mampu memacu kepentingan komersial Harimau Malaya,” titah Tunku Ismail dalam satu kenyataan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram