Percaya dengan revolusi Harimau Malaya dimulakan TMJ, Infantino sedia beri sokongan kepada Malaysia


  • Podium
  • Rabu, 18 Dis 2024

Infatino (kiri) dan TMJ (kanan) bertemu pada Selasa.

PRESIDEN Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino berasa yakin dan percaya dengan projek revolusi Harimau Malaya yang diterajui oleh pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ketua badan induk bola sepak dunia itu bertemu TMJ dalam satu pertemuan pada Selasa dan dia diberikan taklimat mengenai projek revolusi Harimau Malaya yang menyaksikan Peter Cklamovski bakal mengetuai skuad kebangsaan.

Infantino dikatakan bersedia memberikan sokongan kepada Malaysia untuk bergerak dan maju sebagai sebuah pasukan bola sepak di rantau Asia.

BACA LAGI: TMJ calon sesuai Presiden FAM, kita perlu orang yang ada duit — Irfan Bakti

BACA LAGI: Kisah dah berubah, 3 sebab fans perlu yakin andai TMJ jadi Presiden FAM

"Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengadakan pertemuan dengan Gianni Infantino, Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 17 Disember 2024.

"Infantino telah diberi taklimat mengenai projek skuad kebangsaan di Malaysia yang dimulakan oleh DYAM Pemangku Sultan Johor dan ia juga mendapat sokongan daripada kerajaan Malaysia.

"Infantino turut menzahirkan kepercayaan inisiatif nasional tersebut yang dikemudi DYAM Pemangku Sultan Johor dan bersetuju untuk memberikan sokongan kepada Malaysia dari segi penyelidikan, infrastruktur dan pembangunan," kata laman media sosial TMJ.

Sebelum ini, Cklamovski diumumkan akan mengetuai Harimau Malaya sambil Nafuzi Zain ditugaskan menjaga skuad bawah 23 tahun (B-23) negara.

Dalam masa terdekat, pengumuman mengenai posisi bagi ketua pegawai eksekutif dan pengarah teknikal Harimau Malaya akan dilakukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram