PEMAIN sayap Liverpool, Mohamed Salah berharap yang kelabnya berjaya untuk memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) pada akhir musim ini.
Dia yang membantu The Reds menewaskan Leicester City 3-1 pada Khamis, mahukan gelaran liga itu tetapi dalam masa yang sama menuruti pesan oleh pemain Manchester City, Erling Haaland untuk stay humble (kekal merendah diri).
Dengan Liverpool kini mendahului liga dengan tujuh mata di depan pencabar terdekat iaitu Chelsea, Salah berasakan musim ini adalah berbeza buat mereka.
BACA LAGI: Arne Slot enggan terleka Liverpool dapat 'hadiah' Krismas
BACA LAGI: Lepas Diogo Jota, bintang Belanda optimis Salah tak salah 'cop mati' bersama Liverpool
"Kami terus bekerja keras, dan harapnya saya boleh terus pergi jauh. Perkara paling penting adalah kemenangan pasukan, harapnya kami dapat memenangi EPL.
"Kami sentiasa fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan, harap kami akan berterusan begitu. Saya rasakan yang tahun ini berbeza, tetapi yang paling penting adalah kami perlu kekal merendah diri.
"Kemenangan ini sangat istimewa. Harapnya kami dapat memenangi EPL untuk kelab ini, dan itu adalah impian saya," kata Salah.
Sebelum ini, ayat stay humble menjadi terkenal selepas Haaland mengatakan kepada pengurus Arsenal, Mikel Arteta pada pertemuan antara kedua-dua kelab awal musim ini.
Salah menjaringkan gol ke-100 dalam EPL ketika memastikan tiga mata milik mereka menentang Leicester yang mencipta kejutan dengan mendahului seawal minit ke-6 menerusi Jordan Ayew.
Cody Gakpo menyamakan kedudukan pada masa kecederaan separuh masa pertama sebelum Curtis Jones meletakkan Liverpool di depan, empat minit selepas separuh masa kedua bermula.
Sementara gol Salah pada 10 minit terakhir permainan memastikan Liverpool terus berkuasa di EPL memasuki 2025. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram